Pekeliling ini dikeluarkan bagi memaklumkan perkara berkenaan KDI dan SPI.
KDI atau Kelab Diskusi Islam adalah merupakan kelab yang ditubuhkan dibawah Biro Kerohanian dan Pembangunan Insan (dahulunya KDI dibawah JPA) sama seperti SPI atau Sahabat Pusat Islam.
Kenapa guna nama KDI dan SPI?Ini bagi tujuan "pemasaran"-ada "brand name"/nich sendiri yg unik..bertujuan memberikan tarikan kepada pelajar untuk menyertainya. Keahlian dibuka 247.
BKPI pula merupakan Jkuasa dibawah kamsis iaitu badan yang bertanggungjawab menguruskan Pusat Islam dan aktiviti kerohanian Kamsis. Pengerusi Pusat Islam juga bertindak sebagai Penasihat BKPI.
Cumanya SPI memberikan tumpuan kepada pelajar-pelajar semester 1 manakala KDI memberikan penumpuan kepada pelajar semester 2-4.
SPI dan KDI adalah merupakan keahlian kepada mereka-mereka yang ingin menyertai aktiviti-aktiviti g dirancang dan dilaksanakan oleh JK Biro Kerohanian dan Pembangunan Insan(BKPI) secara khusus, istiqamah dan terancang dalam kelompok-kelompok yang lebih kecil. Dan mereka-mereka ini tidak memegang jawatan dalam BKPI.Sungguhpun begitu ada jugak aktivtiti-aktiviti Biro Kerohanian dan Pembangunan Insan yang melibatkan semua penghuni blok kamsis ataupun kelompok lebih besar. Ini berikutan dengan kekangan dari segi budget,tempat dan pengurusan, tidak semua ativiti dapat dilakukan secara wajib untuk semua kamsis. Namun begitu ada juga aktiviti yang saya berani tawarkan untuk semua penghuni kamsis secara pengumuman..contohnya bangun Qiamullail.(gerenti tak ramai punya...)
Saya tidak nampak percangahan dari segi masa.jenis aktiviti,Obj aktiviti-aktiviti setakat ini dan semuanya dalam pengetahuan saya InsyaAllah..
Dan sekalipun berlaku percanggahan (contohnyalah..3 ustaz nak beri tazkirah subuh serentak, kalau lah ada)InsyaAllah saya akan membuat tindakan pembetulan.
Dalam pengurusan tidak semuanya perlu dimaklumkan kepada JKuasa (Blog ni pun kira maklum gak) dan sebagai Pengerusi, KEPUTUSAN mesti dibuat dan saya bertanggungan terhadap keputusan yang dibuat.
Cuma antara perkara yg saya nampak sekarang ialah..pelajar ini mahu didampingi bukan setakat hubungan pensyarah dan pelajar tetapi juga sebagai kawan. kalau kita tidak dapat menghadirkan diri bersama-sama mereka, ada kemungkinan mereka akan mencari org yang lebih rapat kepada mereka.Jadi 'masa'kan diri saya/anda untuk bersama-sama mereka melalui usrah,solat berjemaah, berbuka bersama dsbnya. (contoh rujukan -ustaz Irwan,En Anas,Ust Sharihan). Inilah yang saya cuba praktikkan dari mula saya memegang tanggungjawab ini..dan saya telah melaluinya dan nampak kebenaran dan perbezaannya.
Berkenaan sejarah/kesilapan lalu kita cuba lakukan pembetulan. Yang penting matlamat kita sama..kaedah tu mungkin berbeza...dan boleh dilakukan pembetulan. InsyaAllah..
Tuesday, July 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment