Tuesday, December 8, 2009

Notis Mesyuarat Pusat Islam Bil 1/2010

Notis Mesyuarat

Tarikh/Hari : 4 Januari 2010 (ISNIN)
Masa: 3.30 petang- 5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat JPA


i) Membentangkan dan meluluskan Minit Mesyuarat lalu bil 2/2009
ii) Perkara berbangkit
Agenda:
i) Laporan Bendahari
ii) Aktiviti sepanjang 2009
- Puasa Sunat
- Usrah
- Ramadhan
- Kuliah mingguan
- Hari kebesaran Islam
- lain-lain aktiviti.
iii) Persiapan Mesyuarat Agung
- Cadangan 7 Jan 2010 (KHAMIS)
- Jam: 9.00 pagi di DKU
iv) Aktiviti Jan-Julai 2010

Jamuan

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mesyuarat Bilangan 2 / 2009 telah diadakan pada;
Hari : Jumaat 22/5/2009
Masa: 3.45 petang
di Bilik Mesyuarat JPG

Beberapa ketetapan telah diputuskan untuk semester hadapan.

a. Aktiviti Ramadhan

i) Majlis Berbuka Puasa -
Paper work - En Jailani,
Penyelaras - Ustaz Safuan,Us Irwan,JKUASA KDI>KAMSIS

ii) Tadarus Al-Quran -
Penyelaras - Ustaz Hasminuddin,
JKUASA KDI>KAMSIS


iii) Tazkirah Ramadhan - Antara solat Terawikh - Imam
Penyelaras - Ustaz Yasir

iv) Nuzul Al-Quran -
Penyelaras - Haji Zamri ,
JKUASA KDI>KAMSIS

v) Infaq -
Penyelaras -En Taher

b. Sekretariat Muslimat - Pertemuan dengan KJJPA Ustazah Jamilah telah diadakan bersama dengan En Jailani. Kami bersetuju untuk melantik Ustazah Suhaila sebagai Ketua.

c. Usrah - bagi usrah pelajar, ketetapan yg diambil hasil pertemuan itu ialah JPA mewajibkan Usrah pelajar semester 1 (diberi markah dan kad kehadiran). Saya mencadangkan En Radzi dan En Anas membantu.(Sahabat Pusat Islam)

d. Kontrak Pemegang Amanah
Akan diwujudkan dengan bantuan Peguam. Ini bagi akaun Pusat Islam di Bank Islam - En Rashdan

e. Kuliah Mingguan semester hadapan
Harap berjalan seperti biasa.Istiqamah seperti semester ini -Ustaz Hanafi

f. KDI DAN BIRO KEROHANIAN KAMSIS
Pelarasan Jkuasa dan aktiviti akan dibuat - En Rashdan,Us Irwan dan Us Yasir

g. Usrah Staf
Ustaz Razak bersetuju untuk berusaha menjayakannya


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Mesyuarat Bilangan 1 / 2009 telah diadakan pada;

TARIKH :23 JANUARI 2009

MASA :3.35 PETANG

TEMPAT :BILIK MESYUARAT JPA

KEHADIRAN:

1. EN.RASHDAN BIN RASHID (pkksabah@yahoo.com)

2. EN.JAILANI BIN ABDUL KADIR (rediani04@yahoo.com)

3. EN.SHARIHAN BIN SHAHIDAN (soreh71@yahoo.com)

4. EN.SAFUAN BIN MOHD YUSOFF

5. EN.IRUWAN BIN IDRIS (bukitselar@yahoo.com)

6. EN.MOHD ZUBIR BIN YAHAYA (al_mumtaz5295@yahoo.com)

7. EN.AHMAD SHOKRI BIN HAMID (ashokhas@hotmail.com)

8. EN.MOHAMAD TAHER BIN KASA (taherkasa@hotmail.com)

9. EN.HASMINUDDIN BIN HASHIM (hasminuddin@yahoo.com)

10. PN.HAZANAL SUZIMA BT HASSAN (suzima_rd@yahoo.com)

11. PN.SUHAILA BT MUSTAFFA (salsabila_nour@yahoo.com)

Jawatankuasa KDI


BIL

AGENDA

TINDAKAN

1.

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

-Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah dan ucapan kata-kata aluan.

-Semakan email, nama dan no telefon AJK

SEMUA AJK

2.

2.0 PERKARA BERBANGKIT:DRAF MINIT MESYUARAT AGUNG KE-2

2.1 Minit mesyuarat

-boleh merujuk dalam blog.

2.2 Pembahagian tugas J/kuasa

-J/kuasa Dakwah & Aktiviti:

Ustaz Yasir :Aktiviti Khas

Tn.Haji Zamri :Aktiviti Khas

Ustaz Hasminuddin :Aktiviti Khas

Ustaz Safuan :Menguruskan puasa Isnin & Khamis

Ustaz Hanafi :Kuliah Harian

En.Shaharom :Riadah

Ustaz Razak :Usrah Staff (ust mintak tarik diri jadi ajk usrah staf)

En.Tarmizi :Nasyid

Ustazah Suhaila :Usrah Muslimat

En.Radhi :Usrah Pelajar (Sahabat Pusat Islam)

Aktiviti Khas-contoh Hari Kebesaran Islam

J/K AVA & ICT : En.Rashdan bin Rashid

J/K Perolehan : En. Mohd Zubir & En. Taher

J/K Kebajikan : Ustaz Burhanuddin,Pn Azrul Nizah

J/K Muslimat : Puan Azlini Awang, Pn.Azrul Nizah , Cik

Nur Adlina,Ustazah Suhaila,Pn.Hazanal

Suzima

Kelab Diskusi Islam : Ustaz Irwan,Ustaz Sharihan

SEMUA AJK

3.

3.0 Aktiviti:

a) Gotong-royong (DONE)

-En.Rashdan mencadangkan gotong-royong Pusat Islam diadakan

Kelulusan belanja alatan dengan sarapan.

30 orang X RM 3.00 =90.00 +10.00

= 100.00

Tarikh :7/2/09

b) Kod barang inventori

- perkemaskan untuk persiapan audit

c) Para Pelajar (KDI) akan diletakkan di bawah kepimpinan J/K di atas

d) J/K Usrah pelajar/staf

- cadangan perlantikan naqib



SEMUA AJK






JK Perolehan

JK KDI


JK Usrah

4.

4.0 Usul

- Pn.Farihan mencadangkan diadakan kelas mengaji dan kuliah muslimat setiap hari Jumaat atau sebulan sekali-sokongan semua. (Buat Banci dulu)

-En.Jailani mencadangkan diwujudkan kelas kafa untuk anak-anak staf-sokongan semua. (Buat Banci dulu)

-Bancian anak staff akan dibuat di kuarters pensyarah,warden dan kakitangan sokongan bagi menetukan keperluan perkara yg diusulkan (Sedang dilaksanakan)


J/KUASA MUSLIMAT DIKETUAI OLEH USTAZAH SUHAILA



EN.RASHDAN

5.

5.0 Hal-hal Lain

5.1 Aktiviti Di Bawah Pusat Islam

-Aktiviti-aktiviti boleh dirancangkan dengan menyediakan kertas kerja dan perbelanjaan boleh dimohon dibawah peruntukan 42000 dan sedikit boleh diambil dari duit Pusat Islam. (Duit OS4200 dah turun dah…tunggu apa lagi..)

5.2Puasa hari Isnin dan Khamis

-Cadangan memutuskan belanja awal 2 minggu pertama (cadangan RM100) (DONE)

5.3 Projek Khas Pusat Islam

-Projek bumbung luar Pusat Islam,cadangan dicat warna hijau

- Dapur memerlukan pelan untuk dekorasi (Plan dah siap)

-Jalan untuk muslimat ke tandas

-Bilik Seminar-cadangan diletakkan penghawa dingin dan karpet.

-Tiang akan dibuat keliling cabinet.

-Ustaz Irwan mencadangkan diletakkan pasu bunga untuk mengelakkan becak.

- Program Umrah dan Ziarah untuk Pusat Islam diadakan akan datang. (buat Banci dulu)

-En.Zubir mencadangkan borang disediakan bagi pinjaman barang-barang di Pusat Islam.

-En.Tahir mencadangkan solat Jumaat di Pusat Islam.

-Ustazah Suhaila mencadangkan perlu ada nama lain bagi Pusat Islam. (postponed / buat kertas kerja)

-Pn.Hazanal Suzima mencadangkan pelajar KDI diserapkan sebagai penyampai tazkirah di blok-blok. (Ust Sharihan dan En Radzi-harap dapat selaraskan jika boleh)

-Ustaz Irwan mencadangkan diadakan majlis As-Syura pada

7/02/09 (Tak sempat dah..)

SEMUA AJK










EN.JAILANI











En Zubir


Ust Yasir dan Ust Hasminuddin

6.

6.0 Penangguhan Mesyuarat

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.







Saturday, December 5, 2009

Gambar Lain-lain


video

Aktiviti Rehlah dan Usrah KDI dan SPI di Bukit Air


Mesyuarat Agung KDI (Ucapan Aluan) dan Post Mortem Majlis Korban

Majlis Perpisahan Warga KDI yg akan ke Latihan Industri di rumah Ustaz Sharihan

Ceramah Ustaz Nabil
Alhamdulillah beberapa perkara yang dirancang dapat dilaksanakan diakhir-akhir semester ini. Saya berpeluang untuk menyampaikan amanat yang boleh saya simpulkan seperti disini:

Bismillah hirrohmanirrohim
Assalamualaikum warah matullahhi wa baro kaatuh

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada JKuasa yang bertungkus lumus bagi menjayakan mesyuarat agung KDI ini pada kali ini. Dan saya memberikan ruang yang luas (100%) bagi JKuasa sedia ada untuk bermusyawarah bagi memilih kepimpinan akan datang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Bagi SPI, seperti yg sedia maklum bahawasanya anda akan diserapkan ke KDI dan kita akan mengambil keahlian baru untuk SPI pada semester yang akan datang. Ini adalah struktur pengurusan yang saya rangka apabila saya dilantik memegang jawatan Pengerusi Pusat Islam.

Bagi mereka yang dipilih untuk memimpin KDI nanti, jalankanlah tanggungjawab dengan jujur,amanah,bersunguh-sungguh dan semestinya tugas dakwah ini memerlukan pengorbanan, penuh dengan ranjau dan duri dan bersabarlah.

Bagi aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, saya merakamkan jutaan terima kasih dan saya berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan selama ini dan sunggguhpun begitu, banyak lagi ruang dan peluang untuk kita berdakwah yang belum kita terokai. Sebagai contoh, kita masih lagi belum bergerak keluar dengan lebih kuat dan aggresif lagi. Jadi peningkatan tersebut harus difikirkan oleh saya, JK KDI yg baru dilantik dan kita semua nanti. Ini satu cabaran bagi kita semua.

Seperti dalam ucapan yang lalu, saya pernah menyentuh betapa aktiviti yang kita jalankan tidak pernah kita meletakkan label dihadiri oleh KDI atau SPI sahaja. Kita maklumkan,kita jemput, kita alu-alukan jemaah sekelian samaada pelajar mahupun staf untuk menghadirinya. Tapi bila yang hadir masih lagi muka-muka yang sama..mungkin ada yang beranggapan itu aktiviti KDI atau SPI...dan cakap-cakap belakang itu pun muncul.

Anda boleh lihat sendiri dan nilai sendiri aktiviti seperti buka puasa Ramadhan, Puasa Sunat, Majlis Korban, Bacaan Mathurat dan aktiviti SPI pagi sabtu. Tapi bagi saya apa-apa pun cakap-cakap tersebut, yang penting objektif kita ialah untuk mengerakkan dan memertabatkan Islam dan memohon kehadrat Allah semoga ianya diterima oleh Allah s.w.t

Dan menjadi prinsip dalam pengurusan saya agar JKuasa sendiri berinesiatif untuk beraktiviti dan bukan bergerak atas dasar arahan pengerusi, arahan Pensyarah,Arahan Warden yang mungkin memberikan impak besar ke atas kehadiran tetapi impak kosong ke atas manafaat dan keberkesanan. Sebab itulah saya ingin mengikat diri saya dikalangan pelajar-pelajar sekelian atas ikatan persaudaraan Islam dilakukan bersama-sama menuju matlamat yang satu dan bukan atas ikatan kuasa saya dalam organisasi. Kerana ikatan sedemikian tidak berpanjangan, akan menjadikan anda tidak selesa, tertekan dan mungkin setakat hangat-hangat taik ayam. Tiada kuasa maka berkuburlah ia.

Saya juga ingin meminta supaya kita memanafaatkan kemudahan yang diberi, menjaga aset-aset Pusat Islam dan pada semester akan datang merangka perkara-perkara yang ingin dijalankan seperti menjenama semula Pusat Islam ini dengan suatu nama lain.

Bagi muslimat semua, saya merancang untuk menyediakan pusat aktiviti muslimat di bilik berhadapan tasik dan menubuhkan biro khas muslimat yang dikenali sebagai HELWANI bagi mengiatkan aktiviti muslimat yang semester ini nampak tidak berapa aktif dan kurang penglibatan. namun begitu syarat-syarat dan peraturan mestilah dipatuhi seperti tidak berada melebihi jam 10.30mlm dan menjadi zon larangan lelaki. Saya juga ingin menasihat kita semua agar menjaga tatasusila sebagai seorang muslim dan muslimat dan tutup segala ruang dan peluang untuk manusia menabur fitnah kepada diri kita.

Bagi muslimin semua, bilik operasi yang disediakan harap dijaga kebersihannya dan saya memberi peluang untuk beriktikaf sehingga lewat malam dan sungguh-sungguh saya mengakui pentingnya juga anda antara anda yang bermalam di Pusat Islam bagi menggerakkan subuh (termasuk saya sendiri)..namun jagalah adab-adab di Masjid.

Saya juga ingin meminta ampun dan maaf jika terkasar bahasa, janji yang tidak saya penuhi, aktiviti yang tidak terlaksana, kekurangan dalam kepimpinan saya. Moga-moga apabila kita berhadapan dengan Allah s.w.t amalan kita diterima olehNya hendaknya.