Sunday, June 21, 2009

KEMPEN

Bersempena Buka Semester Julai 2009

Wednesday, June 10, 2009

Minggu ke 2 cuti PTSS

Alhamdulillah kita baru sahaja melalui proses Audit Sirim QA. Sungguhpun Pusat Islam tiada di audit oleh Sirim tetapi sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa dengan perantara malaikatnya Raqib dan A'tib nya mengaudit Proses Kehidupan seharian kita. MaasyaAllah..

Hari ini saya dan seisi keluarga akan bercuti selama 4 hari..(Khamis hingga Ahad). dikampung. Saya dah berpesan kepada 2/3 org sahabat utk menguruskan perkara2 di Pusat Islam sementara saya tiada. En Jailani pun bercuti ke Indonesia beritanya, En Nadzri ke Terengganu. Jadi dari Pengerusi, Naib Pengerusi, Bendahari kebanyakkannya bercuti. InsyaAllah solat Jumaat berjalan seperti biasa.

2/3 hari ini juga Pusat Islam digunakan utk sebahagian aktiviti Kem dari pelajar-pelajar sekolah anjuran BERNAS Sdn Bhd. Kuliah mahgrib pada awalnya saya cadang utk tunda dapat dijalankan juga (kecuali Ustaz Zul)kerana pada anggapan saya Kem ini menyediakan slot Kuliah Maghrib (seperti di tentatif) tetapi rupanya tiada. Jadi Kuliah berjalan seperi biasa..Kehadiran?? perlu usaha lebih keras lagi tuan-tuan dan puan-puan. Usaha keras kepada mereka yg menyebarkan dakwah dan yang mendengar dakwah.
Pandangan saya,PTSS sendiri mampu melaksanakan Kem sedemikian rupa...kita ada fasiliti, kita ada know how dan kita ada Human Resource...Yg saya rasa mungkin faktor tolakkan ialah.."PAYMENT UTK KITA" How much you can get? MMM..kena fikirkan..
Walau bagiamana pun masa solat berjemaah awal waktu dalam program ini tak begitu ditekankan. Maksud saya dah 2 kem sebegini diadakan di PTSS. Tetapi waktu solat peserta selalunya tidak ditekankan secara serius, beserta pemantauan utk melakukan solat. Peserta kekadang terpinga-pinga utk mula bersolat disebabkan fasilitator pun lewat/mungkin bersolat di bilik...yg akhirnya ada yg bersolat dipenjuru sana..dipenjuru sini masjid..(Solat solo..) Ini kalau peserta bersolat lewat dari waktu. Kalau ikut waktu..mungkin Imam ada.
Mungkin waktu MSK nanti kita perlu melihat jam masuk waktu sebelum tentatif di cetak. Ini supaya pelajar baru PTSS nanti dapat bersolat jemaah serentak bersama-sama dan berjaya mengkut time management yg dicetak pada tentatif MSK

Tuesday, June 2, 2009

Jumaat yang lalu, Alhamdulillah telah diberikan Allah s.w.t kekuatan bagi saya untuk berdiri di hadapan kariah PTSS sekelian menyampaikan beberapa perkara.

a. Berkenaan dengan Pekerja Khidmat Singkat yang diperlukan di Pusat Islam. Walaupun ia merupakan satu pengumuman sahaja, sedar tak sedar sebagai institusi masjid kita diwajibkan untuk mengadakan sembahyang jemaah (fardu kifayah) di dalamnya. Takkala waktu Zohor dan Asar kita sibuk dengan urusan-urusan masing-masing.
Siapa nak jawab?
Dengan adanya PKS ini InsyaAllah Masjid kita menjadi lebih terurus.

b. Berkenaan dengan Solat Jumaat disepanjang cuti semester ini, InsyaAllah akan dijalankan seperti biasa.
Saya antara org yang menyokong penuh short semester dan cuti DH 35/30 hari sebab Jumaat boleh jalan mcm biasa..Jgn marahhh..

c. Kuliah Maghrib;
InsyaAllah berjalan seperti biasa seperti yang terdapat di papan kenyataan masjid. ada jemaah ke..tak de ka...jalan tetap jalan.
Muslimin Muslimat dijemput. Bawa anak-anak sekali pun tak apa. Bilik dan program utk diorg disediakan. Saya ada 2/3 idea.

Ilalliqo'