Tuesday, June 2, 2009

Jumaat yang lalu, Alhamdulillah telah diberikan Allah s.w.t kekuatan bagi saya untuk berdiri di hadapan kariah PTSS sekelian menyampaikan beberapa perkara.

a. Berkenaan dengan Pekerja Khidmat Singkat yang diperlukan di Pusat Islam. Walaupun ia merupakan satu pengumuman sahaja, sedar tak sedar sebagai institusi masjid kita diwajibkan untuk mengadakan sembahyang jemaah (fardu kifayah) di dalamnya. Takkala waktu Zohor dan Asar kita sibuk dengan urusan-urusan masing-masing.
Siapa nak jawab?
Dengan adanya PKS ini InsyaAllah Masjid kita menjadi lebih terurus.

b. Berkenaan dengan Solat Jumaat disepanjang cuti semester ini, InsyaAllah akan dijalankan seperti biasa.
Saya antara org yang menyokong penuh short semester dan cuti DH 35/30 hari sebab Jumaat boleh jalan mcm biasa..Jgn marahhh..

c. Kuliah Maghrib;
InsyaAllah berjalan seperti biasa seperti yang terdapat di papan kenyataan masjid. ada jemaah ke..tak de ka...jalan tetap jalan.
Muslimin Muslimat dijemput. Bawa anak-anak sekali pun tak apa. Bilik dan program utk diorg disediakan. Saya ada 2/3 idea.

Ilalliqo'


No comments: