Monday, July 6, 2009

Semester Baru bermula

Alhamdulillah kita baru selesai mendaftarkan pelajar baru sesi Julai 2009. Satu jumlah yang besar dianggarkan 1500 org kesemuanya.
Aktiviti-aktiviti awal yang dilaksanakan oleh Pusat Islam ialah Tazkirah Maghrib dan Subuh buat Fasilitator-Fasilitator yang dilantik.
Point-point yg saya utarakan berkisar kepada
Kepentingan solat berjemaah
Rahsia Subuh
Berdakwah
dsbnya..
Alhamdulillah..hampir kesemua fasilitator dapat turun utk berjemaah.

Pada pagi hari pendaftaran , seperti dijangka ada keluarga ibu bapa yang bermalam di Pusat Islam. Kita menyediakan ruang bilik seminar utk muslimat dan anak-anak kecik (Bentang tikar,Carpet dan 2 tilam TOTO).
Selain tu jugak..bilik ini digunakan keesokkan harinya utk pelajar-pelajar baru yang sakit berehat (Skuad Sakit lee..ni..).
Ust Safuan, Dazuki,Us Irwan,Rosli dan Hanafi mengambil inisiatif untuk bergotong royong memasak Bihun (merasmikan dapur baru)bagi sarapan pagi ibu bapa...Saya makan je...sebab pepagi nak hantar anak sekolah..Diorg tak pe la..masih bujang/OBJ
Berbaju kemeja:Jejak Bujang yg tidak mahu dikenali.."Available"

Pada malamnya saya menyampaikan tazkirah
"Silaturrahim dalam Islam" menggantikan Ust Hanafi
Point:-
Silaturrahim..yg makin dilupakan disebabkan Individualistik
Masa inilah peluang utk kita ber"hijrah"/berubah
Kepentingan Solat berjemaah
mempromosikan Sahabat Pusat Islam/Aktiviti Pusat Islam dsbnya
++++++++++
News:
1.Perbelanjaan baru-baru ni , saya gunakan bagi membeli Peti Sejuk,Dapur 2 tunku dan Kabinet Dapur bagi Dapur baru Pusat Islam.
2.Sebutharga Rak Al-Quran dah dapat..Harga..MasyaAllah..
3. Student baru- jemaah melimpah sampai penuh ruang dalam masjid (utk lelaki) dan ruang tepi masjid.

No comments: