Sunday, July 26, 2009

Sunat Hajat-virus selesema babi

PRAKATA;

Baru sebentar tadi saya balik dari mesyuarat berkenaan langkah-langkah yg perlu PTSS lakukan bagi mengelakkan kita dari terkena wabak ini.
Setakat ini 3 buah politeknik diberi cuti seminggu sebab terlibat dgn wabak terbabit. Jiran kita UUM baru semalam diarah bercuti.
Perkara ini sempat saya sentuh semalam dalam tazkirah maghrib saya.

Ini bala Allah kepada kita dan kepada Allah s.w.t lah tempat kita meminta pertolongan. Apa ada kuasa pada kita untuk menangganinya?Cuba cakap?Nak sombongkah kita lagi dengan Allah s.w.t?
Kita boleh berikhtiar sahaja seperti:
a. Menjauhi dari berada dikawasan awam
b. Menutup mulut apabila batuk
c. Memakai penutup mulut
d. Membasuh tangan
dan sebagainya...
tetapi pada Allah s.w.t lah segalanya.

Sehubungan dengan itu, Pusat Islam sebenarnya telah pun melakukan solat hajat menolak bala ini.Tapi sambutan masih kurang menggalakkan.Nak sombongkah kita lagi?Malam ini InsyaAllah Ustaz Zul akan mengupas perkara ini.

Dan saya memperingat diri saya dan jemaah sekelian bahawasanya Bala ini kena kepada semua, samada yg bersolat atau yang tidak bersolat/ org baik mahupun org jahat.
Jadi malam ini saya sekali lagi tidak jemu-jemu menjemput sekelian agar marilah kita mengimarahkan rumah Allah s.w.t dan meminta pertolongan denganNya.
++++++++++++++++++
Aktiviti;
Program mingguan Sahabat Pusat Islam bil 3/2009 telah berjalan pada 25 Julai. Selain dari Qiamullail dan Tazkirah Subuh. Ahli-ahli telah melaksanakan beberapa aktiviti sehingga jam 11 pagi;
a. Kump 1 - Muslimat dengan penyediaan sarapan pagi bergotong royong
b. Kump 2 - Mengecat Pusat Islam
c. Kump 3 - Landskap Pusat Islam
d. Kump 4 - Mencuci Komputer CC
Jazakallah saya ucapkan kepada ahli-ahli Sahabat Pusat Islam sekelian. Kepada Ustazah Suhaila,En Anas,Pn Hazanal Suzima...kepada isteri saya gak yg tolong jaga anak-anak kat rumah



Mihrab kami cat baru
+++++++++++++++
Perjumpaan Sahabat Pusat Islam bil 4/2009 akan diteruskan lagi minggu hadapan dan diselitkan dengan Sambutan Program Israq Mikraj Peringkat PTSS. Saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekelian..jika tak boleh turun pun pada hari terbabit..berjumpalah sekali sekala dengan kelompok pelajar kita yang dahagakan petunjuk ini. Kita mengharapkan mereka-mereka ini dapat dibimbing ke arah kebaikkan.
Manakkan tidak pelajar menjauhi diri dari kita, jika kita pun sendiri secara sedar atau tidak sedar menjauhikan diri dari mereka.
++++++++++++++
Pada minggu ini juga bermulanya Program Ziarah dikendalikan (En Rodzi dan En Wan)ke Kamsis dan sejumlah 15 org telah terlibat. Pada sebelah malamnya diadakan Bayan.
++++++++++++++
Puasa Isnin Khamis baru ini mendapat sambutan. Buat pertama kalinya hampir 100 org menyertainya dengan berbuka di Pusat Islam dan masak secara gotong royong. Budget lari dah ini? Ada sesapa nak infaq?

Alhamdulillah...

No comments: