Monday, July 20, 2009

Ringkasan Aktiviti Sepanjang Minggu

Perbincangan telah diadakan bagi menjayakan Program Ziarah ke Kamsis dan Bayan yang dicadangkan oleh En Rodzi JKE- saya mencadangkan diadakan pada hari Jumaat petang.InsyaAllah..
+++++++++++++++++
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil- diadakan semalam diketuai oleh Ustaz Zul.
+++++++++++++++++++++
Perjumpaan Sahabat Pusat Islam Bil 2/2009 telah diadakan pada hari Sabtu 18 Julai 2009- terima kasih kepada En Radzi.Pn Hazanal,En Anas yg turun bersama-sama. Program bermula dengan Qiam dan Tazkirah Subuh yg dikendalikan oleh Ustaz Sharihan.
Selepas tu senaman pagi diadakan dikendalikan oleh En Anas...Ia diikuti dengan permainan Futsal dan Bola Tampar
Sarapan pagi disediakan oleh Muslimat.

Minggu depan 25 Julai seperti dirancang akan diadakan Perjumpaan Sahabat Pusat Islam bil 3/2009 dan minggu-minggu seterusnya InsyaAllah. Ianya sebagai merapatkan hubungan semua Ahli dan Naqib/Naqibah. Plan nak buat aktiviti apa pulak?

+++++++++++++++++

Pada minggu hadapan 1 Ogos aktiviti sahabat Pusat Islam ditambah dengan Ceramah Israq Mikraj pada jam 9.00 pagi - En Zubir
++++++++++++++++++++++++=
Jemputan Usrah Luar diadakan pada hari Isnin malam Selasa selepas Isyaq. Ini bagi memperbanyakkan ruang dan peluang untuk mendapatkan ilmu.-Ust Irwan
+++++++++++++++++
Aktiviti Puasa Isnin Khamis berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan baik.

+++++++++++++++++
Saya amat berbesar hati dengan komitmen saudara-saudari AJK sekelian sekelian yang sanggup menjalankan aktiviti-aktiviti secara sukarela tanpa dipaksa-paksa/diarah-arah. Jika ada apa-apa yg ingin dibuat, silakan 'Tafaddal" dan saya akan membuat pelarasan/correction jika ada percangahan masa/tarikh/objektif. Hanya maklumkan pada saya.

Ustaz Hasminuddin yg melaksanakan Bacaan Yasin dan Solat Hajat pada setiap malam Isnin serta Kuliah Subuh -Penerang Hati pada setiap pagi apabila beliau berkelapangan. Semua itu adalah perancangan sendiri tanpa perlu saya sebut atau arahkan...Ana ucapkan Jazakallah..

Haji Zamri dengan kelas mengaji Al-Quran dan Penceramah Ganti setiap kali ada kekosongan slot Kuliah Maghrin..Ana ucapkan Jazakallah..

Ustaz Irwan dengan Pembacaan Al Mathurat setiap petang.Ana ucapkan Jazakallah..

No comments: