Wednesday, July 1, 2009

Program-Program

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekelian. Hari berganti hari kita sekarang kita sekarang sudah memasuki bulan Rejab. Tinggal lagi 2 bulan sebelum memasuki bulan Ramadhan.
Alhamdulillah beberapa perancangan semasa cuti semester ini berjalan dgn baik. Saya sesungguhnya memberikan tumpuan dari segi perjalanan kuliah maghrib yang diadakan. Memastikan ianya dijalankan dgn baik. Pengumuman mengenainya sudah 2/3 kali dibuat sebelum khatib naik bagi membaca khutbah...namun kehadiran seperti yg saya jangka. Tetapi alhamdulillah program tetap berjalan sebagai memenuhi tanggungjawab mengimarahkan masjid.

Diwaktu yang sama Program Muslimat juga berjalan. Cuma sebagai satu cabaran ialah untuk mengumpulkan kehadiran yang memberangsangkan bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak kaedah yg di buat..memo,surat, jemput pengarah,tulis kat papan kenyataan,umum di mimbar masjid, poster,banner,sms,ziarah...usaha lagi dan lagi...jangan mudah putus asa.

Saya juga berkesempatan memberi Tazkirah Subuh bersempena Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan.
Mesej yang saya sampaikan lebih kepada Mencari Usahawan Muslim sehebat Abdul Rahman bin Auf. Menceritakan perjalanan hidup beliau dan mengaitkannya dengan perjalanan hidup kita masa kini.Tapi seperti biasa..kuliah subuh yang tak wajib..maka yang hadir kontinjen Johor je.Adalah dalam 8 org dari 350 peserta (diberitakan).MMmmmm..macammanalah nak mewujudkan Usahawan Muslim?

Namun tazkirah saya bertepatan dengan saranan dalam titah ucapan penutup Raja Muda Perlis.

beberapa hari sudah saya berjumpa dengan Peguam bagi menyelesaikan Surat Akuan antara Pusat Islam dan Pemegang Akaun Pusat Islam (dibawah Statutory Declaration Act).

Wassalam

No comments: