Hari ini saya dikejutkan dengan halangan batu yang di letakkan ditengah-tengah jalan di kampus dalam perjalanan saya menuju ke masjid bagi bersolat Subuh. Mujurlah saya tidaklah membawa laju sekalipun azan dah lama berkumandang di Masjid PTSS. Ini menyebabkan saya dan beberapa jemaah (Pengarah, En Azrin)yang memandu kenderaan terpaksa melalui laluan jauh ke Masjid..Cuma saya je yg menggunakan laluan motosikal di tepi Pusat Sukan utk ke Masjid.
Dari awal lagi saya mengsyakki ini perbuatan vendalisma disebabkan tiada apa-apa pun sebenarnya projek yg berjalan dilaluan tersebut, cuma saya menangkap gambar kejadian selepas solat subuh. (Solat pun fikiran terganggu..)
2 hari seblum ini vendalisma jugak berlaku di CC Lelaki..habis alatan PC disembur dengan alat pemadam ap habis juga 3 tong pemadam api dan tandas jugak disembur (KLIK disini)
Dalam Khutbah Jumaat Ustaz Hasminuddin ada menyatakan tentang gejala Vendalisma dalam Khutbah kedua beliau.
Mungkin pelaku/peng'vadalisma' terbabit tidak mengambil iktibar dari khutbah tersebut..atau sedang duduk mengcongkel gigi selesa duduk berehat di bilik.
Beliau memetik Ayat dari surah Yaasin;
Ayat 65 berbunyi, “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.”
Ini boleh menjadi inspirasi untuk mencari pembuktian...dari apa yang ada dalam surah Yaasin
Kita bukan meminta pelaku tu ditimpa musibah/kemalangan tetapi biarlah Allah s.w.t memberikan hukuman yang seadil-adilnya utk pelaku.
Mungkin pelaku tidak menyedari bahawasanya beliau menghalang laluan org ramai untuk ke masjid jugak apabila berbuat demikian.
Mungkin pelaku tidak menyedari dengan merosakkan CC bermakna hampir 300 pelajar kamsis lelaki terganggu utk menggunakan CC nanti. Cubalah bayangkan di alam akhirat kelak bilamana mereka menuntut setiap pahala yang ada pada pelaku..Muflis di akhirat nanti..Org yang menuntut saya pastinya.
Ada juga maklumat saya terima..ini kerana Operasi Warden Kamsis yg dijalankan.
Bagi saya warden menjalankan apa tanggunjawab mereka..dah undang-undang sedia maklum berkenaan rokok, kawasan letak motosikal dsbnya maka kita yang menumpang seharusnya patuh. Bukannya 'complicated' sangat peraturannya.
Ada sesiapa yg tak suka?Rumah kita pun ada peraturan kalau tetamu datang..boleh kot kita ziarah rumah mereka-mereka yg tak suka peraturan kamsis..lepas tu kita buat kut suka kita..Nak?
fikir-fikirkan...
Ketika Tangan dan Kaki Berkata
Lirik : Taufiq Ismail
Lagu : Chrisye
Akan datang hari mulut dikunci
Kata tak ada lagi
Akan tiba masa tak ada suara
Dari mulut kita
Berkata tangan kita
Tentang apa yang dilakukannya
Berkata kaki kita
Kemana saja
dia melangkahnya
Tidak tahu kita bila harinya
Tanggung jawab tiba
Rabbana
Tangan kami
Kaki kami
Mulut kami
Mata hati kami
Luruskanlah
Kukuhkanlah
Di jalan cahaya.... sempurna
No comments:
Post a Comment