Monday, August 3, 2009
Peristiwa
Alhamdulillah saya berpeluang lagi untuk mencoretkan sesuatu di sini dalam kesibukkan membuat persiapan kuliah untuk semester baru ini.
Baru-baru ini sebagaimana sedia maklum telah diadakan Sambutan Israk Mikraj. Alhamdulillah telah diadakan melalui pengerak-pengerak secara Ad Hoc sahaja, tapi aktiviti terlaksana dan berjaya. Terima kasih Kepada Ustaz Irwan,En Zubair,Haji Zamri,Ustaz Yasir dan Ustaz Hasminuddin serta pelajar BKPI,KDI dan SPI
++++++++++++++++++
Saya memikirkan cadangan bagi menambahkan pendapatan tabung Pusat Islam. Jika dahulu melalui Money Transfer di Internet dan Perniagaan Burger (la ni belum berjalan). Sekarang ini ada ura-ura bekas pelajar PTSS hendak berniagaan Kebab dan Sewa Basikal. Jadi saya juga sebagai Penyelaras Keusahawanan Unit Inovasi dan Keusahawanan, saya cuba menawarkan kawasan operasinya di Pusat Islam.
Begitu juga dgn cadangan saya untuk menjalankan CC di Pusat Islam.Disebabkan saya memegang folio Lembaga Pengarah Koperasi yg menguruskan CC Koperasi dan Pengerusi PI, lebih mudah jika lokasinya dekat dgn saya. Susah nak bahagikan badan ke CC (jika ada masalah) dgn ke Pusat Islam. sepertimana saya pernah menulis 9/10 rezeki dgn berniaga..(ramai tahukan?) TETAPI ramai dak tahau "Jangan 9/10 hidup habis dengan berniaga"
+++++++++++++++++++++++++
Beberapa hari lalu telah di adakan perbincangan/musyawarah berkenaan organisasi BKPI. Beberapa ketetapan telah diambil melaluinya.
++++++++++++++++++++++
H1N1
walaupun belum ada kes di PTSS (setakat waktu menulis ini) tetapi hujan lebat yang turun dapat membersihkan dan menyegarkan PTSS.
+++++++++++++
Draf Akuan Berkanun Pemegang Amanah Tabung Pusat Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment