Monday, August 24, 2009

Banyak benda nak tulis..ruang masa yg terhad.

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekelian

Alhamdulillah kita sudah memasukki hari ke-4 Ramadhan. Dari hari pertama lagi, bumi PTSS ini dihujani dengan hujan yang agak lebat lagi menyejukkan suasana sekitar PTSS. Bumi selepas hujan mengeluarkan peratusan oksigen yg tinggi sememangnya menyamankan suasana.

Sehari sebelum menyambut Ramadhan, KDI dan SPI dibawah BKPI telah mengadakan majlis makan-makan dan perbincangan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti di Bulan Ramadhan. Ini kesinambungan dari perjumpaan yg saya aturkan dengan BKPI dan wakil2 dibawahnya beberapa hari sebelum itu.

Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian yg saya ingin laksanakan dibincangkan dalam perjumpaan tersebut seperti:

  1. Majlis Buka Puasa
  2. Tadarus Al-Quran
  3. Qiam
  4. Sahur
  5. Dan Persediaan Solat Terawikh

Telah diambil tindakan dan perhatian BKPI

Puasa yang jatuh pada hari Sabtu (cuti umum) dan BKPI,KDI serta SPI seperti minggu-minggu yang lalu telah mengadakan aktiviti Qiam pada pagi itu, diikuti bersahur dan tazkirah subuh.Jemputan kepada yang berminat dan buat kali ke 2 Isteri saya terlibat sama bagi mengenali pelajar Muslimat sekelian.+ anak2 saya

Gambar hiasan je atas ni

Majlis berbuka puasa sungguh mendapat sambutan. Terima kasih kepada AJK/Ad Hoc yg bertungkus lumus menjalankan tugas.

Dari hari pertama seramai 65 org telah meningkat sehingga seramai 130 org. Tahu saja lah sibuknya menyediakan juadah “Makan Talam” ini. Juadah ini bersumberkan Infaq utk berbuka dari orang ramai yang dapat dikumpul.Jemputan kepada yang berminat

Bagi solat terawikh, sekalipun khemah tambahan disediakan, nampaknya kehadiran tidak begitu memberangsangkan. Namun, khemah itu berguna jugak utk berbuka puasa dengan lebih selesa dalam keadaan hujan mencurah-curah. Sesuatu harus dilakukan..bukan difikirkan lagi bagi menggalakkan warga PTSS mengimarahkan masjid

Tadarus Al-Quran baru bermula semalam. Lebih kurang 7 kumpulan Muslimin dan 4 Muslimat dibentuk.Alhamdulillah..dan pada tahun ini Tadarus dilaksanakan bergantung pada kelapangan khalifah masing-masing..dan waktu 6.30-7.15ptg ialah waktu biasanya. Ini diikuti dengan Majlis Tahlil dan Tazkirah sewaktu berbuka puasa.

++++++++++++++++++++

Tambahan:

Saya ingin menjelaskan sekali lagi akan bagaimana BKPI ini bergerak. BKPI ini diwakili oleh wakil-wakil AJK Kerohanian aras setiap blok (dianggarkan 50 org) + KDI (keahlian pelajar sem 2 ke atas anggaran 25 org) + SPI (Pelajar Semester 1 anggaran keahlian 150 org).

Kenapa perlu ada KDI dan SPI?

Ini pernah saya tulis sebelum ini. Fikirkan begini? Cuba fikir kalau si A BUKAN merupakan wakil AJK Kerohanian aras setiap blok. Adakah si A perlu menunggu pengumuman KEHADIRAN SEMUA DIWAJIBKAN barulah beliau boleh menyertai aktiviti kerohanian?Dan senangkah BKPI nak menguruskan aktiviti jika melibatkan semua (kena fikir kos,ruang,masa dsbnya). Takut2 nanti ianya menjadi “season event” buat sekali je, habis beribu .. lepas tu tak payah

Buktinya percaya atau tidak, banyak dan peringkat awal dah BKPI menjalankan aktiviti melalui KDI dan SPI dari mana2 JK Kamsis yg dilantik sekarang. Bukan nak bangga diri tapi nak menceritakan bahawa dengan penubuhan melalui pengambilan keahlian (KDI/SPI) ini adalah lebih effisyen. Cubalah Biro-biro yang lain membuat pengambilan ahli kelab dalam biro terbabit dan menjalankan aktiviti.Tentunya lebih mudah dan sebenarnya ada dah iaitu AJK biro setiap aras. Cuma yang itu jawatan bukannya minat.Menjadi ahli itu sebab MINAT.(itu pun ada yg terkubur) dan JAWATAN belum tentu minat. Dan BKPI memberikan nama kepada keahlian terbabit sebagai KDI dan SPI sebagai identity /marketing nich itu sahaja,

Tawaran?

Kita tawarkan aktiviti utk semua sebenarnya..Qiamullail, Bacaan Al Mathurat, Tadarus tetapi pelik..?kenapa ada pihak memandang ianya aktiviti utk KDI/SPI SAHAJA?Buktinya..bukankah saya umumkan di masjid secara terbuka.?

Bukan mudah sebenarnya nak menggerakkan sesuatu aktiviti . Saya yg pernah mengerakkan Penasihat JPP Jabatan, Konvokesyen PTSS dengan pelajar amat maklum akan perkara ini. Jadi inilah strategi saya sebagai org yang bertanggungjawab atas amanah yang diberikan. dan bukannya mudah nak menggerakkan semua penghuni kamsis ke aktiviti-aktiviti wajib PTSS walaupun solat jumaat. kalau tak leh semua sikit pun tak pa janji ada Usaha Dakwah. Cuma usaha itu Allah akan semak samaada dah cukup baik ka atau tak.

Akhir kalam ..cuba..cuba..

Hampirkan diri kita dengan pelajar melalui usrah,rehlah,riadah dsbnya InsyaAllah ianya banyak memberikan kesan positif pada diri kita dan buang kan jauh-jauh rasa ego diri..AKU Pensyarah maka mesti ada gap antara kami.

Di Pejabat oklah..tapi dirumah Allah..kita sama sahaja..yg membezakan ialah keimanan kita. Itupun kita tak tahu pun siapa yg lebih beriman antara kita. BAGI YG TAK BIASA TU..BIASA-BIASAKAN BERSAMA RAKAN PELAJAR PUSAT ISLAM, BERSAMA BKPI,SPI,KDI DAN..BERSAMA RAKAN SEKERJA.

Wallahualam.

No comments: