Semalam telah diadakan Kelas Mengaji Al Quran anjuran Sekretariat Muslimah (bagi nama Umphh sikit..) bertempat di Bilik Mesyuarat JPA.
Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh Ustaz Yasir, manakala kutipan Jumaat pada hari terbabit ialah sejumlah RM76/=. RM70 didermakan untuk saudara-saudara baru di PTSS manakala bakinya dimasukkan ke tabung masjid.
Mulai Jumaat ini juga ruang atas masjid telah ditutup untuk solah Jumaat dan tabung bergerak (beroda) telah diperkenalkan. (Walaupun hari tu dia tak digerakkan pun).
Saya dan En Jailani telah membincangkan rekabentuk ruang dapur Pusat Islam. Ini lakaran yang saya buat..belum tahu approved atau tidak. En Jailani pun ada lakaran dia.
Berikutan dengan penutupan pengambilan keahlian KDI. (Kelab Diskusi Islam = JKuasa Pelajar Pusat Islam). Pelajar - pelajar yang berminat untuk menyertai Pusat Islam boleh menjadi ahli Sahabat Pusat Islam (Borang ada di masjid). Ia dibawah pengendalian En Radzi (JK Usrah Pelajar). Ahli Sahabat Pusat Islam ini sebenarnya nama untuk group Usrah. En Radzi yang beri nama tu..Banyak program yang diatur oleh En Radzi selain dari Usrah.
Kalau kita nak tukar nama AJK Pusat Islam kepada nama lain yg umphh pun boleh..Sebagaimana nama yg saya sebut dlm mesyuarat ari tu..he..he...
Kelab Staf PTSS yang dipengerusikan oleh En Azli JPG telah bercadang melantik saya sebagai AJK Kebajikan (Jawatan khas untuk mana-mana Pengerusi Pusat Islam kat Kelab Staf kot). Diberitakan kelab tersebut akan didaftarkan dibawah pertubuhan (so ada akaun sendirlah). Mungkin kalau jadi..Plan nak collection untuk Umrah tu boleh dibuat disini.
Saya merakamkan terima kasih atas post-post melalui ruang pesanan tuan puan/cik. Untuk Abang Jak..yang ada post komen..nak tanya sikit..Usrah Staf macammana?He..he..
p/s No fail Pusat Islam bermula dengan PTSS/JPA/01/08/102
Friday, February 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Nak respon sket tentang usrah staf tu..pilihlah Naqib yang lebih layak...aku ni merapu bolehlah...siqah kurang banyak...Mohon maaf kat Tuan Pengerusi..kat aku ni bagi jawatan koman2 dahlah......
Post a Comment