Petikan saya rasa dari Sekretariat Muslimah kita..yg saya petik dari Shout Mix di sebelah. Ada sesapa nak beri komen?
a. Shout Mix tu tak leh tulis panjang-panjang rasanya dalam 150 huruf je. (a. ini belum menjawab lagi isu kat atas)
b. Buat Memo kat Jabatan..hantar ke Jabatan...Fotostat sorang satu pelekat kat
c. Buat makan-makan.
d. Mintak TPA turun sesama....
e. Masuk dalam pengiraan prestasi ..(Prestasi dunia..)
Saja saya postkan idea-idea yang biasa kita dengar.
Bagi saya inilah cabaran. Cabaran berdakwah kita ni bukan dengan dibaling batu, dikeji,dihina, dipulau sebagaimana Rasulullah s.a.w, tetapi cabarannya ialah "orang tak datang" . Tak pelik kan?
Bagi mereka yg duduk dalam komuniti pelajar-pelajar Sekolah agama, Kolej Islam, Akademi Islam, Uni Al Azhar, Maahad Tahfiz dsbnya mungkin janggal la jika aktiviti usrah, kuliah, tazkirah..tak de org datang.(tak tahu la kot-kot ade...). Tapi bagi saya yg selalu duduk dlm aliran sekolah vanikular..(poli ni kategori vanikular la..)benda macam ni kira benda biasa. Dah macam-macam yang dibuat tapi nak ubah manusia bukannya mudah. Kalau pelajar boleh lah dipaksa-paksa , kalau staf..? ????? Banyak tanda soalan tu...
Alhamdulillah , Pengarah dan TPA ada berjemaah di Pusat Islam kita.. Subuh pun diorang kerap ada..(Actually..subuh tu kira cabaran tinggi sikit la..)Jadi kepimpinan kita pun menunjukkan minat kepada masjid...
So, walau sikit sekalipun ..usaha mesti diteruskan..Kalau dapat sedikit pun, tetapi mereka ini benar-benar mantap dan Istiqamah..adalah lagi baik dari banyak..tapi tak tahu ke mana tujuan.
So teruskan. InsyaAllah..Jangan difikirkan melalui penilaian manusia, sebab Kalah disisi manusia tidak semestinya kalah disisi Allah s.w.t.
Sesapa nak beri komen..sila post kat bawah..
+++++++++++++++
Saya dalam proses nak buat Banci Penduduk PTSS bersama dengan Kelab Staf PTSS. Adalah tanya soalan2 berkenaan keperluan kelas Al-Quran , Fardu Ain , Pakej Umrah dsbnya untuk dijawab oleh staf.
1 comment:
salam,
hmmm segala persoalan yang wujud datang dari setiap individu tu sendiri. bak pepatah jawa "we can bring the horse to the water but we cannot force the horse to the water"
mari kita buat sedikit kira2: kalau nak kira dulu kita belajar subjek agama sampai tingkatan 5 (tak termasuk yang amik bidang agama) lepastu takde dah (rasanya) mungkin last sekali masa nak nikah tu pun pasal takut kena tanya pasal do'a kunut (yang lelaki ler)lepastu.... abis, mungkin tunggu masa kita ke alam kubur pulak masa tu orang lain pulak yang talkinkan kita nak baca sendiri takleh dah, kalau baca gak pasti orang yang hantar kita ke kubur tu lari termasuk imam hehehe. jadik pelajaran agama kita sampai tngkatan 5 je lah kut noo.
lepastu ada pulak yang jadi pemimpin cakap pasal agama (dengan ilmu sampai tingkatan 5 jer)hmmm apa akan jadi dengan agama bila orang macam ni bercakap atau keluarkan "fatwa"?
"tollubul 'ilmi minal mahdi illal lahdi" dalam sangat makna pernyataan di atas.
dalam mengingatkan diri sendiri... marilah sesama kita "menghari rayakan" masjid kita semampu yang boleh. buanglah rasa malu dan pelbagai alasan yang ada.
akhir kata "...kalau mereka tau tentang besarnya ganjaran solat berjamaah pasti mereka datang ke masjid walaupun dalam keadaan merangkak" (teringat tazkirah subuh pengerusi :))
ukhuwah fillah .....
Post a Comment