Thursday, February 19, 2009

Pengumuman

Jawatankuasa Kamsis akan mengadakan aktiviti Qiamullail pada 22 Feb 2009 di Pusat Islam bermula jam 4.30 pagi
+++++++++
Surat berkenaan aktiviti Sekretariat Muslimah pada hari Jumaat telah dikeluarkan sekali lagi untuk pemberitahuan. Harapkan kehadiran bertambah baik.

++++++++++
Semalam telah diadakan Mesyuarat Kelab Staf (PEKITA), Saya telah dilantik sebagai AJK Kebajikan dan Sosial bersama Abang Jak. (Tugasan sampingan saya yang ke 9-dlm jadual waktu saya).
Mesyuarat telah bersetuju dengan cadangan Bancian Staf PTSS yg hendak dilaksanakan.
+++++++++
Emak kepada Ustaz Hanafi sedang sakit. Sama-samalah kita doakan kesihatan beliau.
+++++++++
Rancangan untuk pemasangan Bumbung di ruang luar Pusat Islam diberitakan ditunda kerana bilangan jemaah (terutama Jumaat)belum melangkau ke luar masjid. Namun saya akan minta dipertimbangkan disebabkan, kalau aktiviti wajib untuk semua pelajar asrama (Lelaki dan Perempuan) ianya kan melempah sehingga keluar masjid.
Sebentar tadi saya EN Jailani dan Kontraktor telah melihat Tapak Dapur yang dicadangkan. Ada perubahaan dari Pelan asalnya. (Keluasan 20 kaki x 20 kaki tidak termasuk stor dgn 2 pintu sliding) Stor 8' x 8'- 1 pintu. Saya suka menyatakan konsep "Do It First and Do It Right". Jangan bila dah siap..itu tak kena ..ini tak kena..
++++++++++

Jumaat 3.32 petang:
Kutipan Jumaat RM83/=. RM80 telah diberikan kepada Saudara Hafiz JTM (ahli jemaah masjid)sebagai bantuan dari Pusat Islam.
Khutbah Jumaat disampaikan oleh Ust Hasminuddin bertajuk Peranan Belia.

Operasi Sembahyang Jumaat minggu sudah ..lebih kurang 20 org didapati tidak menghadiri Sembahyang Jumaat. Itupun warden tak habis ronda block

No comments: