a. Program Muslimat dibatalkan minggu ini.
b. Kuliah Mingguan berjalan seperti biasa. (Ustaz Zul dan Ustaz Hanafi ada keuzuran untuk memberi kuliah dan diganti)(Tindakan Ust Hanafi: Mintak kemaskini jadual kat papan kenyataan)
c. Kutipan Jumaat RM100++ (pertama kali dalam bulan ini mencecah RM100)
d. Khutbah Jumaat oleh Ust Yasir (Gejala Dadah)
e. Ustaz Safuan mintak RM200/= lagi untuk Puasa Isnin Khamis. Kertas Kerja minta tabung Kamsis belum siap (ada pembetulan katanya). LULUS (Tindakan: Bendahari dan Pengerusi)
f. Pemandu (En Bakri) memohon Karpet Gulung di Pusat Islam untuk Bilik Pemandu.(Tindakan:En Zubair)
g. Tandan Pisang sebelah masjid dah ditebang. Sedekah kat AJK KDI utk buat goreng pisang bila masak nanti. Jgn lupa jemput saya.
h. Pengarah ambil maklum tentang pemasangan RAK untuk simpan Quran dan Kitab serta jalan laluan ke Tandas.(En Jailani dah ambil tindakan)
h. Program PTSS : Malam Memperingati GAZZA.
Jika ada sekalipun program PTSS yang mewajibkan semua pelajar atau staf hadir, sayugia saya menasihatkan diri saya dan jemaah sekelian bahawasanya kita mesti melangsungkan juga solat Isyaq pada waktunya. Maknanya ada lah Imam dan Bilal yang ditugaskan pada waktu terbabit.
Kenapa?
Sebab pada waktu terbabit..ade jemaah dari luar yang hadir dan mahu bersolat dahulu sebelum ke dewan. Alangkah malunya jika sekiranya waktu Isyaq, masjid kita tiada Imam dan Bilal. (itu malu disisi manusia tu..). Malu disisi Allah..mintak pendapat Ustaz.
Bila PTSS membuat aktiviti (KONVO, PENDAFTARAN PELAJAR dsbnya), selalunya dewan dan Pauh INN dihias rapi dan bersiap bersedia. Duit pun banyak labur kat sana. Jadi Pusat Islam kena macam tu jugaklah (bukan labur duit je...tapi kena labur aktiviti dan jemaah bersedia). Minta sesiapa yg masuk mesyuarat pengurusan mengutarakannya.
Oleh sebab itu, ingatkan saya untuk memastikan setiap waktu ada org azan dan mengimamkan solat.
persoalan yang timbul..
Solat Zohor masuk pukul 1.34 dan Asar 4.51
Waktu kritikal bagi sesetengah yang nak ambil anak sekolah dan nak makan dan nak punch balik dan yang ada kelas kuliah. Ada sesiapa yang FREE waktu ni?
Nak buat Jadual? Dulu pernah buat tapi tak jalan..
Fikir-fikirkan...
Saturday, February 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment