Tuesday, February 17, 2009

Aktiviti Biro Ekonomi KDI

Semalam Ust Iruwan yang bertanggungjawab dengan KDI memanjangkan kepada saya permohonan untuk menjalankan Perniagaan Burger bagi Biro Ekonomi KDI. Modal yang diperlukan ialah sejumlah RM500/= (Minta duit tabung Pusat Islam). Pandangan peribadi saya ..tiadalah masalah sebab nanti
1. akan dipulangkan balik
2. Keuntungan boleh menampung aktiviti-aktiviti dapur untuk Dafur Pusat Islam

Method jualan ialah dari bilik ke bilik mulai jam 10 malam pada hari minggu sahaja. Saya maklumkan kepada beliau untuk mendapatkan kelulusan Pengarah. Saya rasa ia akan diletakkan dibawah Unit Inovasi dan Keusahawanan (berdasarkan meeting saya dgn unit ini dahulu)
Ajk lain ada apa-apa kenyataan ?
++++++++++++++
Kutipan Jumaat minggu ni ialah untuk Pelajar JTM (Ahli Jemaah ni)yang kena bayar pembaikan kereta yang beliau sewa.Semuanya dekat RM2,000.

No comments: