Saturday, February 7, 2009

Aktiviti

6 Feb 2009 - Bertempat di DKU telah diadakan Majlis Pertemuan Muslimat PTSS. Ianya diisi dengan Tazkirah mengenai Kepentingan Membaca Al-Quran. (Surah Faathir Ayat 29).
Kehadiran warga Muslimat PTSS tidaklah begitu membanggakan namun ianya satu perkembangan yang baik.
InsyaAllah program diteruskan pada minggu hadapan dan Program dipindahkan ke Makmal JPA. Muslimat yang berminat mempelajari Al Quran boleh lah hadir bermula 12.30 tgh hari Jumaat.

Note:Lapuran ini dari yang saya dengar dari yang hadir.

+++++++++++++
7 Feb 2009 - Telah diadakan Program Penghayatan Subuh. Alhamdulillah Tuan Pengarah sendiri telah turun hadir untuk mendengar Tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Pengerusi Pusat Islam. Pada pukul 8.30 pagi pula telah diadakan aktiviti gotong royong Pusat Islam. Pengerusi ingin mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua. Hanya Allah s.w.t sahajalah yg dapat membalas budi kalian.
Antara aktiviti yang berjalan:
a. Memasak Sarapan Pagi Nasi Lemak
b. Memasak masakan tengahari Sup Ayam, Ayam masak merah, Ayam Goreng.
c. Mengecat beberapa bahagian Masjid
d. Membuat Inventori Masjid
e. Memasang Papan Putih
Rujuk gambar:
di SINI

1 comment:

Ibnnordin said...

Tahniahlah kat Pengerusi Baru Pusat Islam...Semoga perjuangan terus direstui Yang Maha Esa...