Sunday, March 29, 2009

Ujian Allah ?Sekadar peringatan

Air tasik melepasi batasnya..

Laluan ke Pusat Sukan dari Kuarters terpaksa ditutup
Assalamualaikum..

Siapa sangka di kawasan tinggi pun ditakdirkan Banjir boleh melanda. Adakah kita pasti diri ini akan pasti selamat dari bala Allah? Adakah bala Allah ini diturunkan kepada mereka-mereka yang melawan arahan Allah sahaja? Pastinya tidak..

Cuba kita renung sejenak..mungkin dah jauh sangat hati-hati ini dari mengenal Robbil Jalil...Adakah mungkin masih ada suara-suara menyatakan.."Ini bencana Alam..bukannya Bala Allah..."....?????
++++++++++
Minggu yang lalu kebanyakkan JKuasa terlibat dengan Mesyuarat Pindaan Dokumen Kualiti di City Bayview Pualau Pinang.
Saya sempat "mewasiatkan" kepada Jkuasa yang tinggal agar memastikan pengimarahan masjid PTSS dipastikan. Sedikit maklumat dari Mesyuarat tersebut ..bilamana TPA menyatakan tentang perubahan "Attitude"/ "SIKAP" kepada yang positif kepada warga kerja kita dalam melaksanakan kerja perlu ada. Dan saya mengemukakan persoalan dari segi melahirkan perubahan sikap yang positif ini tidak akan berjaya tanpa melalui satu proses/program secara berterusan. Kita tak boleh nak biarkan sahaja samaada staf/pelajar "berubah" dengan sendirinya tanpa ada usaha dari pengurusan melalui satu proses/program. .dan juga kita tak semestinya berjaya merubah/berubah dengan melalui proses/program itu. Sepertimana yg saya pernah sebutkan sebelum ini.."Kerja dakwah kerja kita..kerja Hidayah kerja Allah s.w.t."Jadi, walaubagaimana sekalipun Dakwah mesti dibuat..jangan tak buat..

Saya rasa sesetengah JKuasa dah bebuih mulut, letih menasihat dan "mengejar/perambat" pelajar dalam menangani Isu pelajar " BerSukan" Betul tak? Namun seolah-olah nasihat/teguran ianya tak melekat kat hati pelajar-pelajar. Saya mintak..teruskan juga InsyaAllah..
Banyak lagi Isu sebenarnya..ambil satu dulu sebagai contoh.

Malam semalam sewaktu berdiskusi dengan En Radhi berkenaan Sahabat Pusat Islam, saya menyedari kehadiran Jemaah dalam Jawatankuasa KDI sendiri amat tidak memuaskan. Jika aktiviti-aktiviti ekonomi(business), riadah, usrah, puasa Isnin Khamis dan urusan dapur memang cemerlang bagi saya, namun yang lebih penting ialah sebenarnya Pengimarahan Masjid terutama melalui Solat 5 waktu..

Wassalam..

5 comments:

Anonymous said...

sistem aliran air yang tidak sistematik menyebabkan PTSS banjir. Perlu diminta perhatian kepada sistem saliran longkang untuk mengalir air yang cukup besar ke luar kawasan poli.

Anonymous said...

katanya saluran air di sekat bagi meninggikan aras air di tasik PTSS. masa x ujan takpala, dah ujan, itu la kesan dia... lain2, no komen.

Anonymous said...

YA..SISTEM ALIRAN YG TIDAK SISTEMATIK..BUKANNYA BALA ALLAH KAT KITA TU.. KAT KL PUN MCM TU..SEBAB TEROWONG SMART TAK BERFUNGSI SEPENUHNYA..BUKAN SEBAB BALA ALLAH BANJIR KILAT TU..
SETIAP SESUATU ITU MESTI ADA "LOGIK"NYA BERLAKU..Jangan berfikir yg tak logik...

askrain said...

salam,

saya nak respon kepada komen yang terakhir... dan secara tak langsung komen yang lain..

secara tak langsung pasti kita sedar berkenaan sistem perparitan yang terganggu. dua aspek perlu dilihat, pertama aspek perparitan poli sendiri dan yang kedua aspek perparitan luar poli. secara kasar dapat dilihat sistem perparitan di poli ini boleh memuaskan hati kita, cuma ada bahagian2 tertentu parit masih tertimbus dengan lumpur. sistem perparitan di luar perlu juga diambil perhatian. mungkin kapasiti parit diluar tak dapat menampung aliran air dari dalam poli. dan mungkin berlakunya "back flow" ini disebabkan parit yang kecil dan dalam masa yang sama jumlah air di luar juga banyak disamping purata hujan yang banyak. itu apa yang dapat dari pemerhatian saya... dan itu juga logik yang dapat saya tafsirkan.

setiap perkara yang berlaku itu pasti ada kaitannya dengan qada dan qadar dari Allah. bala dalam islam pengertiannya amat luas. bukan hanya terhadap bencana alam sahaja... keresahan hati disebabkan dosa yang dilakukan... itu juga bala.. tidak khusyuk dalam solat juga dalam kategori bala.. boleh diertikan bala itu adalah natijah dari kelalaian diri kita sendiri. ada juga bala yang tidak memudaratkan... contohnya istidraj yang berlaku kepada firaun. dalam hal ini Allah menambahkan keseronokan terhadap orang yang berbuat salah sebagai ujian ke atas mereka. sama ada mereka akan terus lalai atau insaf dengan perbuatan mereka. saya teringat firman Allah dalam quran

" Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191) Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. (192) Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). (193) Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. (194)"

ada banyak lagi firman Allah yang menceritakan berkenaan kaitan aktiviti didunia dengan akhirat.

dalam hal bala ni, Allah akan turunkan bala atas komuniti bukan individu sahaja apabila fardu kifayah dilupakan, berbeza dengan bala pada individu yang sengaja tidak melaksanakan suruhan Allah.

tidak semua kita meletakkan LOGIK dihadapan. sebab setiap yang logik itu pasti ada asbab dan musababnya. fahaman LOGIK ini pada dasarnya adalah pengaruh para orientalis yang sentisa ingin menghancurkan islam dan umatnya.

sekadar pandangan saya dengan tujuan berkongsi ilmu dan pandangan.

sebarang kekeliruan sila rujuk pakar dalam bidang agama yang lebih muktabar. wallahu a'lam.

askrain said...

maaf...

ayat al-quran yang saya rujuk tu adalah dari surah al-imran ayat 190-194. wallahua'lam