Program KDI- Jawatankuasa Ekonomi untuk berniaga burger telah diluluskan.
Program Sektretariat Muslimah - Batal minggu ni
Kuliah harian berjalan seperti biasa.
Penting;
Sahabat boleh membaca Notis ini yang dilekatkan di Pintu Masuk Kompleks Sukan PTSS dan saya telah membulatkan perkataan "15 Minit". Ini adalah peraturan yang dikeluarkan oleh Unit Sukan dan Ko Kurikulum - jelas..
Persoalan..
Mengapa kita yang ada kuasa (authoriti), ada pengaruh (pengaruh dikalangan pelajar maksudnya..), ada undang-undang dan peraturan tetapi kita tak mampu menguatkuasakannya?
Berpengaruh sangatkah pelajar kita?, Berkuasa sangatkah pelajar kita?Hingga kita
Teguran/dakwah/bimbingan/amaran- ada org kata, aku ni bukannya alim sangat nak beri teguran....Saya pandang begini;
Kita ajar kursus keusahawanan (sbg contoh).
Alim sangat kah kita dengan keusahawanan itu?
Alim sangat kah kita dengan keusahawanan itu?
Ada berapa banyak syarikat kita tubuhkan, berapa banyak perniagaan kita jalankan, berapa banyak kekayaan yang kita kautkan dengan berniaga?..Tak de pun..
namum Alim tak Alim ke...berhujah kita 2/3 jam dalam kelas mengajar atau satu semester mengajar kursus terbabit...Ataupun luahkan balik nota yg kita belajar waktu degree. Kita boleh!!!
Kita ajar kursus Civil Engineering (sbg contoh).
Alim sangat kah kita dengan kursus itu?
Kita ajar IT.
Alim sangat kah kita dengan kursus itu?
Kita boleh!!!belasah je..
Pasal apa yang ini Kita Tak Boleh...?
jadi sahabat-sahabat sekelian..kita bermuhasabah..saya bermuhasabah..Kita berdoa agar supaya kita diberikan kekuatan untuk memberi teguran/dakwah/bimbingan/amaran.
Ingatlah kisah nabi ibrahim. ketika nabi ibrahim dibakar. seekor burung berulang alik dari punca air dengan membawa air yang hanya dapat dibawa dengan paruhnya sahaja dan mencurahkannya pada api yg besar itu.
kemudian, burung itu ditanya, "kenapa kau menyusahkan diri dengan membawa air yang sedikit itu untuk memadamkan api yang marak membakar nabi ibrahim itu?engkau tidak akan dapat memadamkan api tersebut dengan hanya air yang sedikit!"
tetapi burung itu menjawab "aku tidak mahu di akhirat kelak apabila ditanya apakah yang aku lakukan apabila nabi ibrahim dibakar? sedangkan aku tak berbuat apa2" jika burung yang tak diazab pun berusaha sampai begitu sekali
Saya teringat satu syarahan agama yang menyatakan..Nak tahu kita Ikhlas ke tak dalam melakukan sesuatu..
Kita tak akan jemu melakukannya
dan tidak akan kecewa walau apa hasilnya(redho'). Kerja dakwah kerja kita, kerja Hidayah kerja Allah s.w.t
Wassalam..Selamat Bercuti.
1 comment:
smoga usaha pengimarahan pusat islam ini diredhai ALLAH sesuai dengan peranan masjid itu sendri sbg pusat dakwah dalam menjalani pelbagai aktviti pd zman para sahabat dahulu...
cayalah encik,chaiyok2!
Post a Comment