Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Monday, October 12, 2009

Aktiviti








(atas)
a.Kursus Kepimpinan SPI dan KDI di Wang Mu pada 10-11/10 2009 telah berjalan dengan jayanya. Budget Pusat Islam dalam RM300/=. Selainya budget JPA. Belum rekod dalam akaun


b. Jamuan Hari Raya - Budget dalam RM400/= Cadangan hujung minggu ni hari Sabtu malam Ahad. Belum Rekod dalam Akaun


c. Seminar Keamanan Sedunia akan diadakan pada 7/11/2009 dengan kerjasama JPG.Budget Pusat Islam dalam RM500/= Belum Rekod dalam Akaun

d. Bayaran Penceramah Harian di Pusat Islam utk semester ini RM150 x 3=450 Belum Rekod dalam Akaun

e. Majlis Qurban Aqiqah -dijangkakan pada hari Raya ke 3 (AHAD). Satu bahagian RM380/=. tarikh tutup 24 November. Setakat ini baru ada 3 bahagian yg setuju.
Kenduri masak saya allocatekan RM1,000 dari baki akaun Infaq Ramadhan hari itu.

f. Pembelian barangan-barangan dapur Pusat islam sedang dibuat dengan Koperasi seperti Pinggan, Sudu, Cawan. yang lain-lain mungkin beli kat kedai di Arau. Budget RM1,000 dari baki akaun Infaq Ramadhan hari itu.

g. Puasa Sunat Isnin, Khamis budget RM500 dari baki akaun Infaq Ramadhan hari itu. Dah nak habis dah duit sebab sambutan menggalakkan. Saya mintak tabung kamsis lagi RM500/=



Minta Komen AJK? Setelah melihat akaun terkini Pusat Islam.

Friday, March 13, 2009

Aktiviti Minggu Ni..Panas...

Kutipan Jumaat RM74/=
Program KDI- Jawatankuasa Ekonomi untuk berniaga burger telah diluluskan.
Program Sektretariat Muslimah - Batal minggu ni
Kuliah harian berjalan seperti biasa.

Penting;

Sahabat-sahabat Sekelian
Sahabat boleh membaca Notis ini yang dilekatkan di Pintu Masuk Kompleks Sukan PTSS dan saya telah membulatkan perkataan "15 Minit". Ini adalah peraturan yang dikeluarkan oleh Unit Sukan dan Ko Kurikulum - jelas..

Persoalan..
Mengapa kita yang ada kuasa (authoriti), ada pengaruh (pengaruh dikalangan pelajar maksudnya..), ada undang-undang dan peraturan tetapi kita tak mampu menguatkuasakannya?

Berpengaruh sangatkah pelajar kita?, Berkuasa sangatkah pelajar kita?Hingga kita bacul/lemah/longlai dalam memberi teguran/dakwah/bimbingan/amaran kepada pelajar kita sendiri (bukannya org luar,bukannya org yg ada pengaruh, bukannya org yg ada kuasa pun). Ini belum org luar, org yg ada pengaruh, org yg ada kuasa yang nak kita tegur. Student?? logiknya apala sangat diorg tu..

Teguran/dakwah/bimbingan/amaran- ada org kata, aku ni bukannya alim sangat nak beri teguran....Saya pandang begini;

Kita ajar kursus keusahawanan (sbg contoh).
Alim
sangat kah kita dengan keusahawanan itu?

Alim sangat kah kita dengan keusahawanan itu?
Ada berapa banyak syarikat kita tubuhkan, berapa banyak perniagaan kita jalankan, berapa banyak kekayaan yang kita kautkan dengan berniaga?..Tak de pun..

namum Alim tak Alim ke...berhujah kita 2/3 jam dalam kelas mengajar atau satu semester mengajar kursus terbabit...Ataupun luahkan balik nota yg kita belajar waktu degree. Kita boleh!!!

Kita ajar kursus Civil Engineering (sbg contoh).
Alim sangat kah kita dengan kursus itu?

Kita ajar IT.
Alim sangat kah kita dengan kursus itu?
Kita boleh!!!belasah je..

Pasal apa yang ini Kita Tak Boleh...?

jadi sahabat-sahabat sekelian..kita bermuhasabah..saya bermuhasabah..Kita berdoa agar supaya kita diberikan kekuatan untuk memberi teguran/dakwah/bimbingan/amaran.

Ingatlah kisah nabi ibrahim. ketika nabi ibrahim dibakar. seekor burung berulang alik dari punca air dengan membawa air yang hanya dapat dibawa dengan paruhnya sahaja dan mencurahkannya pada api yg besar itu.

kemudian, burung itu ditanya, "kenapa kau menyusahkan diri dengan membawa air yang sedikit itu untuk memadamkan api yang marak membakar nabi ibrahim itu?engkau tidak akan dapat memadamkan api tersebut dengan hanya air yang sedikit!"

tetapi burung itu menjawab "aku tidak mahu di akhirat kelak apabila ditanya apakah yang aku lakukan apabila nabi ibrahim dibakar? sedangkan aku tak berbuat apa2" jika burung yang tak diazab pun berusaha sampai begitu sekali


Saya teringat satu syarahan agama yang menyatakan..Nak tahu kita Ikhlas ke tak dalam melakukan sesuatu..
Kita tak akan jemu melakukannya
dan tidak akan kecewa walau apa hasilnya(redho'). Kerja dakwah kerja kita, kerja Hidayah kerja Allah s.w.t

Wassalam..Selamat Bercuti.