Saturday, March 7, 2009
Program
Utama:
Sekalung tahniah buat AJK Kelab Diskusi Islam yang telah berjaya menjayakan aktiviti Top Excellence Students Skills di DKU pada Sabtu 7 Mac 2009. Saya dapat melihat penyertaan yang membanggakan dari pelajar-pelajar PTSS.
2nd:
Pada hari Sabtu itu juga, saya mewakili Pengarah untuk menghadiri Perasmian Seminar siapakah AHLU AL SUNNAH WA AL JAMAAH..?Bertempat di Masjid Tuanku Syed Putra Kangar. Sebanyak 3 kertas kerja dibentangkan dan Unit Multimedia PTSS telah dipertanggungjawabkan untuk merakam majlis terbabit.
Lain-lain;
Borang tempahan Alatan dan Tempat Pusat ISLAM PTSS telah saya siapkan. Salinan ada di pintu dapur dan Stor serta di Bilik Sumber (Pejabat) . Harap jika ada yang nak menggunakan kemudahan dan alatan boleh booking dahulu. Kecuali bilik seminar boleh guna buku.
Baru-baru ini ada "clash" penggunaan Bilik Seminar. Seperti yg sedia maklum, saya dah sediakan buku tempahan. Harap isikannya dahulu ASAP sebelum menggunakannya.
Bagi sewaan atau lebih suka saya panggil sebagai "Bayaran INFAQ untuk Masjid"bukanlah berniat untuk mengambil untung sesangat (tambahan brg yg ada ada yg milik Poli ada yang milik hak masjid). Mengambil barang hak masjid besar dosanya kalau tak pulangkan atau tak diganti kalau rosak atau hilang walaupun cawan sebijik...tetapi ramai yang tak menyedarinya dan menganggap itu harta PTSS..boleh main cincai je..Sedangkan harta kerajaan pun kena jaga jugak. Dan jika ada yang menggatakan kenapa nak kenakan sewaan (Infaq) pulak..benda-benda Pusat Islam ni FREE.
Kalau dapur di charge RM25/= lebih kepada untuk cover GAS dan barang2 dapur.(selalu kena beli untuk aktiviti pelajar)
Bidang kuasa meluluskan ialah Pengerusi,Naib dan AJK Inventori (En Zubair dan En Taher). Kadar sewa mengikut perbincangan (negotiable). Kalau nak guna bilik seminar, ruang sembahyang kita taklah sewa.(ikut keadaan). Selalunya kalau nak guna alat (pinggang mangkuk) dan dapur kita kenakan sebab kalau pulangkan selalu miss cawan dan pinggan tak cukup, gas berkurang, nak bersih balik dapur. Dan nak bagi penyewa serius sikit dalam menjaga harta masjid.
Kalau KDI yang selalu buat Berbuka Puasa Isnin Khamis dan Sahabat Pusat Islam ia FOC.
Harap Maklum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment