Thursday, April 2, 2009

Sambutan Maulidur Rasul



Malam semalam telah diadakan sambutan Maulidur Rasul. Sungguhpun hujan lebat pada sebelah petang, namun ianya dapat dijalankan dengan baik. Terima kasih saya ucapkan kepada Us Hasminuddin selaku JKuasa Aktiviti Khas dan Jkuasa yang lain yang turut sama mengimarahkan Masjid kita. Rakaman Ceramah akan di DVD kan.

Saya dimaklumkan oleh Naib Pengerusi bahawa kerja-kerja pembangunan Pusat Islam akan bermula selepas Konvo. Sekarang ini dah ada beberapa bahan-bahan binaan yang dilonggokkan di kawasan masjid. Maaf jika sekiranya in mengganggu keselesaan jemaaah sekelian.

Bendahari telah melaporkan kepada saya situasi kewangan Pusat Islam. Alhamdulillah, kutipan Jan hingga Mac Rm515/= dari Tabung Besi Pusat Islam. Ini tidak termasuk tabung kutipan Jumaat. Jadi baki keseluruhan ada lebih kurang RM2927.27 sen. Kalau ada perancangan nak buat sila maklumkan kepada saya.

Berkenaan Aktiviti Exco Ekonomi KDI, telah berlangsung (berniaga Burger) pada hujung minggu. Pusat Islam telah menyumbangkan modal RM500/= utk aktiviti terbabit dan pada dasarnya mendapat keuntungan. InsyaAllah, pembahagian keuntungan ialah 70:30 (Pengusaha:Pemodal)

No comments: