Tuesday, March 3, 2009

Soal Jawab

Guest

solat jumaat di masjid wajib tetapi solat di pusat islam setiap hari boleh dibuat dibilik asrama dapat pahala jika buat kat pusat islam x buat x apa"
Ada sesiapa nak beri komen berkenaan pandangan GUEST ini? Boleh beri comments kat bawah



Nak menjawab persoalan guest.

Sebelum tu faham yang ini dulu;

Roh (rohani) dan Jasad (jasmani)

Rohani dan Jasmani

Solat dan Makan Minum

Fitrah manusia kita perlu makan dan minum.

Makan dan minum merupakan santapan untuk Jasad (jasmani) kita. Sudah semestinya Jasad (jasmani) mahukan makan dan minum yang sedap-sedap , yang lazat-lazat. Kalau nak yang sedap-sedap dan lazat-lazat..kita sanggup pi Bandar habis duit banyak, yang jauh..sebab kita kata makan yang dekat kat kafe tak sedap dan dah jemu.

Solat pula merupakan santapan untuk Roh (Rohani) kita. Sudah semstinya Roh (rohani) juga mahukan santapan yang sedap-sedap, yang lazat-lazat. Kalau nak yang sedap-sedap dan lazat-lazat..kita kena la sanggup pi masjid, berjemaah sebab itu yang lazat bagi roh. Kalau sembahyang kat bilik bak kata contohnya makan kat kafe je lah…

Amacam boleh macam tu..Sebelum saya sambung Tazkirah

Shalat Subuh menyimpan berjuta misteri, tak heran jika salah seorang tokoh Yahudi terkemuka dengan emosional menyatakan, “Kami baru takut terhadap umat Islam jika mereka telah melaksanakan shalat Subuh seperti melaksanakan shalat Jum’at.”- berjemaah la ni..

Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang MUNAFIK adalah solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak! (HR Ahmad dan An-Nasai’) berjemaah la ni..

Tahukah anda Rasulullah SAW telah membuat klasifikasi untuk membezakan antara orang MUKMIN dan MUNAFIK. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, ia berkata, “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya meskipun dalam keadaan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh melaksanakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat bersama orang-orang. Kemudian beberapa laki-laki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang terikat, mendatangi satu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka. (HR Bukhairi dan Muslim).


* Solat jemaah kat bilik / surau pun boleh, Yg pentingnya hendak mendapat pahala jemaah..wpun bukan di masjid. tetapi jemaah di bilik dengan jemaah di masjid sudah semestinya kelazatan makanan roh adalah berbeza.

Kekusyukkan juga kelazatan makanan roh...itu kupas kemudianlah.

2 comments:

Anonymous said...

Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Tidak ada tiga orang berada dalam sebuah kampung, atau pedalaman yang tidak didirikan solat di kalangan mereka, melainkan syaitan akan menguasai mereka. Maka hendaklah kamu bersama jemaah (dalam solat), kerana serigala hanya menyerang kambing yang terpencil.
Direkod oleh Abu Daud (no: 547) dan Nasai (no: 847). Kata Nawawi: Sanad sahih.

jadi, manakah yang lebih penting, solat di bilik ke jemaah di masjid.satu lagi, islam suruh kita berjemaah untuk kita hidupkan silaturrahim antara umat islam tu sendiri.

Kata Imam Nawawi: Tidak gugur dosa mereka kecuali mereka mendirikan jemaah sehingga terserlah syiar ini. Jika ia sebuah kampung kecil, cukup didirikan di satu tempat. Jika ia kampung besar, wajib didirikan di beberapa tempat supaya dapat dilihat syiar ini. (Majmuk 4/185)

Wallahu A'lam.

Unknown said...

saya rasa student ni perlu belajar lagi tentang fadilat sembahyang berjemaah,kalau rasa tak sempat hendak mencari kitab apa kata pergi ke pusat islam,kat sana bukan sahaja tempat untuk sembahyang semata2 tapi tempat kita mencari ilmu2 tambahan mengenai agama,, jangan lah kita hanya mengharapkan modul sahaja, ingat saudara setiap langkah kita ke tempat ibadah (masjid) sama dengan pahala orang yang melakukan fisabibillah, dan satu lagi, doa yang paling afdol ialah doa yang di amin kan secara berjemaah, tpi kalau saudara sembahyang sembahyang berseorang di bilik, saudara khusuk, saya rasa tidak,, sembahyang di masjid adalah tempat yang paling tenang dan tanpa ada gangguan,oeh itu marilah kita bersama2 mengimarahkan pusat islam kita, kalau bukan kita student yang mengaku diri 2 islam, TAKBIR!!! ALLAHHUAKBAR!!