Wednesday, January 14, 2009

Prakata dari Pengerusi Pusat Islam 2009

Alhamdulillah
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Islam kali ke 2 telah berjalan dengan jayanya. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kehadiran tuan-puan bagi menyerikan dan menunjukkan komitmen tuan puan terhadap institusi Pusat Islam kita. Saya juga ingin merakamkan penghargaan di atas kepercayaan yg diberikan bagi saya memegang amanah yang besar ini mempengerusikan JKuasa terbabit. Saya amat mengharapkan sokongan dan bantuan dari tuan puan bagi kita mengimarahkan lagi syiar Islam di muka bumi ini. Jika sekiranya ada kekurangan dan kesilapan harap dapat diberikan teguran.

Saya juga ingin menyatakan sememangnyalah tugas sampingan di PTSS ini sememangnya banyak..Bak kata Pengarah..Tak Habis-habis...Tetapi sumbangan ini adalah amat besar ertinya disisi Allah jika kita dapat lakukan dengan sebaik mungkin dengan penuh Ikhlas. Dan Allah mencintai kita kerana kita antara manusia yg dipilih oleh Allah bagi menguruskan rumahNya.

Jadi sama-samalah kita melakukannya.

Dalam era serba canggih ini juga saya mengambil kesempatan agar kita dapat menggunakan platform IT yg ada di PTSS dalam menyampaikan maklumat, Komen atau Mesej sesama kita.

Sekian.RASHDAN BIN RASHID.
pkksabah@yahoo.com

INSYAALLAH
Mesyuarat kali 1/2009 akan diadakan :
Jumaat 23 Jan 2009
Masa:3.40ptg - 4.45ptg
Tempat: Bilik Mesyuarat JPA
Agenda:
Draf Minit Mesyuarat Agung
Pembahagian Tugas/JKuasa
Kelab Diskusi Islam
Aktiviti Hari Kebesaran Islam
Aktiviti Kuliah Harian
Usul dalam Mesyuarat Agung
Lain-lain hal

No comments: