Saturday, January 31, 2009

Aktiviti Semasa dalam minggu ini

a. Sembahyang Sunat Gerhana 26/01/2009 di Imamkan oleh Ustaz Hasminuddin (Tindakan:Ust Hasminuddin)

b. Kutipan Jumaat RM76/= pada 30/1/2009. RM70 disedekahkan buat En Azwan Mahmood Staf JKM yang terlibat dengan kemalangan jalanraya.(Tindakan:Pengerusi).
Tajuk Khutbah Jumaat: Kepentingan Solat Jumaat oleh Ustaz Hasminuddin

c. Kelab Diskusi Islam bertolak ke Wang Mu Perlis untuk Kem Kepimpinan 30-1/2/2009 (Tindakan:Ust Irwan dan Ust Sharihan)

Aktiviti dakwah melalui gotong royong dan jamuan
- Hujung minggu depan InsyaAllah pada 7/2/2009 Hari:Sabtu bermula dengan solat Subuh , Sedikit Tazkirah (belum tahu siapa nak beri...) diikuti dengan gotong royong Pusat Islam dan sarapan pagi (disediakan).(Tindakan:Ketua- Ustaz Safuan-jika tak balik kampung, dan semua AJK).
Jika mana-mana AJK nak mencalonkan pelajar Jabatannya (4/5 org sahaja)utk bersama-sama dalam aktiviti ini sila beritahu saya sebelum Rabu3/2/2009 (agar mudah Ust. nak beli bahan mentah). Atau boleh jugak kalau nak hulur sedekah.
Anggaran:
Budak KDI 10 org-sebab ramai yg terlibat dengan aktiviti JPK.
Budak Lain dalam 20 org
Aktiviti:
a. Merekodkan inventori Pusat Islam-Tindakan JK Perolehan
b. Mengemaskan Bilik Imam, Pejabat dan Bilik Kelab KDI, Karpet , sejadah, telekung.
c. Mengemas Stor Pusat Islam.
d. Menyiram / Menanam Pokok-ada sesapa boleh sumbang pokok?
e. Memperkemaskan Carta Organisasi di Pusat Islam.
e. Menyediakan Sarapan Pagi.+ Tengahari
Budget RM100/= seperti diluluskan dalam Mesyuarat.
Tambahan RM300/= lagi diperlukan utk Makan Tengahari. Saya cadang nak minta Tabung HHP. Tapi pakai duit Tabung masjid dahulu...sebab baru nak buat paperwork.
Ustaz Safuan bercadang nak buat Bubur Asyuro (Versi Kelantan)- Jadi ke tidak belum pasti.
Latest:Jumpa ustaz malam tadi dia kata nak buat sup ayam. Ustaz tak ade plan nak balik kampung minggu ni.Jadi compem dia jadi ketua.

- 1 unit Komputer dilengkapi Internet telah di tempatkan di Bilik Sumber Pusat Islam. Sumbangan Bekas Pelajar SMD.Yang tak ada, printer sahaja.Ada cadangan macammana nak dapatkannya?
Dengan itu Bilik Sumber akan sentiasa dikuncikan. Sila maklum kepada saya jika memerlukan kunci.(Tindakan:Pengerusi,Timb Pengerusi)

- Permohonan projek pembangunan di Pusat Islam telah di serahkan kepada Pengurusan . Diharapkan lulus InsyaAllah.(Tindakan:En Jailani Timb Pengerusi)

- Bilik seminar mungkin akan disediakan buku jadual tempahan bagi mengelakkan clash tempahan. Buku akan digantungkan di pintu bilik seminar. Yg saya maklum setiap khamis mlm jumaat En Raman buat kelas Sains Kejuruteraan disana.(Tindakan : Pengerusi)

Sebarang pertanyaan/soalan/pendapat boleh e-mail kat saya/hantar comment di blog.
Sekian:
Rashdan Rashid
Pengerusi

No comments: