Kelebihan Puasa Hari Asyura
Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)
PERINGATAN
Puasa sunat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)
ULASAN
Maksud “menghapuskan dosa yang lalu” ialah dosa selain dari syirik kepada Allah dan bukan yang berkaitan dengan manusia (dosa dengan manusia hendaklah diselesaikan dengan manusia). Ianya merupakan kalam motivasi Rasulullah kepada umat Islam agar melakukan perkara sunat disamping tidak meninggalkan kefardhuan yang telah ditentukan Allah.
Justeru ambillah peluang sebaik mungkin pada tanggal 9 dan 10 Muharam (6 dan 7 Januari 2009) untuk berpuasa, agar kita termasuk dikalangan mereka yang disebutkan dalam hadis Rasulullah di atas. Disamping kita tidak lupa berdoa untuk sahabat-sahabat seislam kita di Gaza Palestin yang diganyang tentera yahudi, sahabat-sahabat Islam di Iraq, sahabat-sahabat Islam Dafur dan para pejuang Islam di mana jua berada. Semoga sinar kemenangan Islam akan memancar pada tahun 1430 hijrah.
Tuesday, January 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment