Monday, July 13, 2009

Ceramah bersempena Kursus Kepimpinan JPK


Alhamdulillah..kehadiran tanpa paksa pun boleh capai 6/7 saff. Ini kena maintain kan.

Saturday, July 11, 2009

Sahabat Pusat Islam

Banyak borang keahlian telah diedarkan. Saya dimaklumkan satu perjumpaan akan dibuat dalam tempoh terdekat (minggu depan). Cuma beberapa idea yang ingin dicadangkan;

a. Bentukkan kumpulan Halaqah
b. Lantik Naqib
Program:
- Dicadangkan buat pagi Sabtu;
- Kenapa? sebab ini waktu rehat bagi kebanyakkan orang...
- Kalau ahli nak balik kampung pun mungkin lepas program..dan nak elakkankan keboringan bebudak PTSS bila masuk Sabtu Ahad tak de mende nak buat.

Selain usrah biasa (ini boleh buat bila-bila pun...).Saya mencadangkan setiap Sabtu mengikut kumpulan kita adakan
a. gotong royong memasak pagi dan membersihkan Pusat Islam-ikut sunnah nabi waktu mula-mula berdakwah...(jamu..)
b. Rehlah juga dibuat..kita buat Liga Halaqah. (Futsal dan Bola Tampar)- Cadangan lepas raya bila halaqah dah stabil.
c. Setiap naqib kita beri top-up RM10 utk urusan SMS ahli.he..he..he..
d. Bincang masalah akademik- subjek2 killer yg boleh dibantu.
e. Projek tanaman pokok/sayur- sayuran
f. Business Burger/Nasi lemak awal pagi.

Projek Pembangunan di Pusat Islam

Hanya utk perhatian akan projek-projek yg ada dah buat paper work, ada dah sukat, ada dah panggil kontraktor, ada dah buat, ada belum buat , ada tak tahu bila nak buat. So saya tulis kat sini utk pengetahuan dan peringatan saya.

a. Penurapan sekitar Pusat Islam-lama dah...
b. Pemasangan bumbung tambahan di kawasan terbuka dalam Pusat Islam-lama dah...
c. Laluan baru ke tandas muslimat
d. Naik taraf bilik seminar.
e. Landscape kawasan mengadap tasik- sebutharga En Jailani dah hantar
f. Pemasangan rak quran dari kabinet kayu didalam masjid & penghadang kawasan solat muslimat (ganti kain tirai)-Sebutharga baru dapat.

Dah siap dan buat;
a. Dapur baru
b. Laluan berbumbung dinaikkan dan dibuat longkang
c. Naik taraf PA system

Jadi ...bersabarlah...

Thursday, July 9, 2009

Semester Baru bermula..sambungan

PKM -Program Kenal Mesra akan melabuhkan tirainya petang ini. Lokasi dan aktiviti Pusat Islam berjalan seperti dirancang sekalipun ada keputusan-keputusan yang diambil Fasilitator boleh dibuat penambah baikkan.

Senario luar biasa ialah pertambahan bilangan jemaah sewaktu program berlangsung. .nak ambik wudhu kena berbaris panjang, air terputus, solat hingga keluar masjid. Langkah-langkah telah diambil antaranya dengan memperbaiki saluran paip dan mencadangkan jemaah muslimat sebahagiannya bersolat disurau diblok berdekatan.

Borang Sahabat Pusat Islam telah habis diambil. Setakat ini baru 2/3 borang telah dikembalikan. Itu belum lagi kita edarkan kepada muslimat.

Israq Mikraj? ada pe-pe yg JK cadangan...oppsss...cadangan memang banyak..Sapa nak sumbang tenaga je tak banyak.......

So saya tanya lagi sekali.. Israq Mikraj?ada pe-pe yg JK nak buat.

InsyaAllah..minggu depan kuliah macam biasa balik.

Monday, July 6, 2009

Semester Baru bermula

Alhamdulillah kita baru selesai mendaftarkan pelajar baru sesi Julai 2009. Satu jumlah yang besar dianggarkan 1500 org kesemuanya.
Aktiviti-aktiviti awal yang dilaksanakan oleh Pusat Islam ialah Tazkirah Maghrib dan Subuh buat Fasilitator-Fasilitator yang dilantik.
Point-point yg saya utarakan berkisar kepada
Kepentingan solat berjemaah
Rahsia Subuh
Berdakwah
dsbnya..
Alhamdulillah..hampir kesemua fasilitator dapat turun utk berjemaah.

Pada pagi hari pendaftaran , seperti dijangka ada keluarga ibu bapa yang bermalam di Pusat Islam. Kita menyediakan ruang bilik seminar utk muslimat dan anak-anak kecik (Bentang tikar,Carpet dan 2 tilam TOTO).
Selain tu jugak..bilik ini digunakan keesokkan harinya utk pelajar-pelajar baru yang sakit berehat (Skuad Sakit lee..ni..).
Ust Safuan, Dazuki,Us Irwan,Rosli dan Hanafi mengambil inisiatif untuk bergotong royong memasak Bihun (merasmikan dapur baru)bagi sarapan pagi ibu bapa...Saya makan je...sebab pepagi nak hantar anak sekolah..Diorg tak pe la..masih bujang/OBJ
Berbaju kemeja:Jejak Bujang yg tidak mahu dikenali.."Available"

Pada malamnya saya menyampaikan tazkirah
"Silaturrahim dalam Islam" menggantikan Ust Hanafi
Point:-
Silaturrahim..yg makin dilupakan disebabkan Individualistik
Masa inilah peluang utk kita ber"hijrah"/berubah
Kepentingan Solat berjemaah
mempromosikan Sahabat Pusat Islam/Aktiviti Pusat Islam dsbnya
++++++++++
News:
1.Perbelanjaan baru-baru ni , saya gunakan bagi membeli Peti Sejuk,Dapur 2 tunku dan Kabinet Dapur bagi Dapur baru Pusat Islam.
2.Sebutharga Rak Al-Quran dah dapat..Harga..MasyaAllah..
3. Student baru- jemaah melimpah sampai penuh ruang dalam masjid (utk lelaki) dan ruang tepi masjid.

Friday, July 3, 2009

Biro Kerohanian dan Pembangunan Insan

Mesyuarat malam tadi telah memutuskan untuk menggabungkan KDI dengan Biro Dakwah dan Kerohanian Kamsis menjadi Biro Kerohanian dan Pembangunan Insan. Ianya dipengerusikan oleh Saudara Hanafi bersama penasihat Ust Irwan. Ahli-ahli didalamnya akan dibincangkan dalam mesyuarat Biro kelak.

JKuasa Pusat Islam Induk menyediakan bilik operasi yg digunakan KDI sebelum ini.
Saya juga sempat membincangkan mengenai Sahabat Pusat Islam. DIsebabkan JPA belum secara khusus membentangkan agenda Usrah mereka..Jadi sebagai permulaan Sahabat Pusat Islam akan membuat panggilan keahlian (x paksa) pada Minggu Rahmah Mesra PTSS (dahulu dikenali sebagai MSK). Jika JPA juga menjalankan usrah mereka..kita akan tengok balik.
Tugas berat menanti saudara AJK Biro sekelian dan diharap ianya dapat dilaksanakan dengan baik dan ikhlas.

Wednesday, July 1, 2009

Program-Program

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekelian. Hari berganti hari kita sekarang kita sekarang sudah memasuki bulan Rejab. Tinggal lagi 2 bulan sebelum memasuki bulan Ramadhan.
Alhamdulillah beberapa perancangan semasa cuti semester ini berjalan dgn baik. Saya sesungguhnya memberikan tumpuan dari segi perjalanan kuliah maghrib yang diadakan. Memastikan ianya dijalankan dgn baik. Pengumuman mengenainya sudah 2/3 kali dibuat sebelum khatib naik bagi membaca khutbah...namun kehadiran seperti yg saya jangka. Tetapi alhamdulillah program tetap berjalan sebagai memenuhi tanggungjawab mengimarahkan masjid.

Diwaktu yang sama Program Muslimat juga berjalan. Cuma sebagai satu cabaran ialah untuk mengumpulkan kehadiran yang memberangsangkan bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak kaedah yg di buat..memo,surat, jemput pengarah,tulis kat papan kenyataan,umum di mimbar masjid, poster,banner,sms,ziarah...usaha lagi dan lagi...jangan mudah putus asa.

Saya juga berkesempatan memberi Tazkirah Subuh bersempena Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan.
Mesej yang saya sampaikan lebih kepada Mencari Usahawan Muslim sehebat Abdul Rahman bin Auf. Menceritakan perjalanan hidup beliau dan mengaitkannya dengan perjalanan hidup kita masa kini.Tapi seperti biasa..kuliah subuh yang tak wajib..maka yang hadir kontinjen Johor je.Adalah dalam 8 org dari 350 peserta (diberitakan).MMmmmm..macammanalah nak mewujudkan Usahawan Muslim?

Namun tazkirah saya bertepatan dengan saranan dalam titah ucapan penutup Raja Muda Perlis.

beberapa hari sudah saya berjumpa dengan Peguam bagi menyelesaikan Surat Akuan antara Pusat Islam dan Pemegang Akaun Pusat Islam (dibawah Statutory Declaration Act).

Wassalam