Friday, April 10, 2009

Laporan mingguan

Laporan Mingguan

Agak lama saya tidak mengemaskini Laporan di Blog ini. Ini memandangkan kesibukkan saya dan mungkin ramai antara staf PTSS yang menguruskan Majlis Konvokesyen kali ke 3.
Saya tertarik dengan Shout Mix Board dari Guest, Sofea, Hidden dan lain-lain yang memberi pandangan dan ide mengenai Program di Pusat Islam, Azan, Pasukan Nasyid dsbnya.

Berikutan dengan cadangan untuk mengadakan Program..saya pernah menyentuh sebelum ini akan keperluan untuk mengadakan program secara berterusan bagi membentuk peribadi warga PTSS yang baik. Kita tidak boleh mengharapkan perubahan berlaku pada warga PTSS dengan hanya kita berpeluk tubuh tanpa usaha dan ikhtiar.
Kadang kala pengimarahan Masjid hanya berlaku apabila ada majlis/program tertentu sahaja seperti mana yang berlaku baru-baru ini iaitu apabila berlangsungnya Sambutan Maulidur Rasul atau sembahyang Jumaat. Malahan jika kita mencari peserta untuk menyertai Kem Kepimpinan Insan samada di Wang Mu atau di Hutan Belum nescaya bilangan yang berminat melebihi Jemaah biasa bersolat di Masjid. Itu bukan lah objektif sebenarnya..Yang kita mahukan ialah keberkesanan dari program terbabit.Berkenaan dengan Seruan Azan yang tidak didengari di blok A4 dan B4, sayugia saya ingin memaklumkan bahawa jadual solat telah Allah tetapkan. Kita tak perlu berteka-teki bila masuknya waktu solat. Jadi tak wajarlah mengatakan sebab tidak mendengar azan maka kita tak ke Masjid/bersolat.

Berkenaan pasukan Nasyid, secara rasminya ia belum ditubuhkan kembali. Program Sound of Islam ialah antara cara untuk mencari bakat-bakat baru nasyid. Sebab itulah alatan nasyid saya minta diletakkan di Bilik Pejabat Pusat Islam (tidak berkunci) agar pelajar berminat boleh mengasahkan bakatnya.Baru-baru ini saya menyerahkan surat kepada Staf yang menggunakan perkhidmatan di Bilik Seminar pada jam 8-9mlm hari itu. (sila baca di atas kalau nampak)
Antara lain ialah apabila saya dapati pelajar berbondong-bondong balik ke bilik setelah selesai kuliah di Bilik Seminar,tanpa sembahyang dahulu di Pusat Islam. Saya tak mahu menjadikan seolah-olah bilik seminar Pusat Islam sebagai "transit" sahaja. Seolah-olah kuliah itu begitu penting dari bersembahyang di masjid.

Sama lah juga pelajar muslimat (yang tidak uzur) mengunakan Pusat Islam untuk mandi (apabila tiada air) , tapi tidak sembahyang Subuh di Pusat Islam...Seolah-olah mandi itu begitu penting dari bersembahyang di masjid.Kenapa begitu?
+++++++++++++++++++++++
Projek Pembangunan di Pusat Islam yang dimaklumkan LULUS melalui peruntukan penyeleggaran dan pembaikan
a. Laluan Susur Gajah dibuat longkang dan ditinggikan
b. Dapur
c. Parking berbumbung dan Turap Jalan

Projek Pembangunan di Pusat Islam - peruntukan OS32 Pembangunan yang dalam proses menunggu duit turun.
a. Bumbung penuh diruang terbuka di belakang
b. Naik Taraf Bilik Seminar + laluan baru untuk muslimat

Projek Pembangunan di Pusat Islam - lain-lain
a. Rak kabinet kayu utk buku dan Al Quran di ruang sembahyang.
b. Pembaikan kebocoran bumbung
c. Keceriaan kawasan bersebelahan tasik

1 comment:

askrain said...

salam,

banyak yang menarik daripada laporan yang diberi. terutama berkenaan pembangunan pusat Islam PTSS. semoga ada insan yang membangun kesan daripada pembangunan insan dan pembangunan pusat Islam PTSS.

yang paling menarik adalah kenyataan ini "Berkenaan dengan Seruan Azan yang tidak didengari di blok A4 dan B4, sayugia saya ingin memaklumkan bahawa jadual solat telah Allah tetapkan. Kita tak perlu berteka-teki bila masuknya waktu solat. Jadi tak wajarlah mengatakan sebab tidak mendengar azan maka kita tak ke Masjid/bersolat." amat benar pendapat yang diberikan. saya sokong 101%. kadang2 manusia ni seboleh2nya akan mencari alasan untuk tidak solat atau dengan erti kata lain tak berjemaah.

katakanlah... pada bulan puasa, azan tak dapat didengari dari mana pon... adakah kita tak dibenarkan untuk tidak berbuka puasa sedangkan kita tahu dah masuk waktu berbuka berdasarkan ru'yah dan hisab. saya rasa semua orang akan buka jugak walaupun tak dengar azan.

marilah sama2 kita cuba sedaya upaya meramaikan masjid setiap waktu bukan hanya "meramaikan" masjid waktu tak ada air sahaja. dan jagalah pakaian anda walaupun nak "tumpang" mandi di masjid.