Assalamualaikum buat sahabat-sahabat sekelian.
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t yang telah memberikan kekuatan bagi saya untuk terus memimpin JKuasa Pusat Islam PTSS. Hari ini terdetik pada diri saya untuk menulis sedikit peringatan buat empunya diri sendiri dan buat jemaah sekelian. Dalam minggu yang lalu saya terlibat dengan Aktiviti luar pejabat iaitu menyelia beberapa orang pelajar-pelajar kita yang menjalani Latihan Industri disamping itu diduga dengan kesihatan yang tidak beberapa baik.
Terlebih dahulu tahniah diucapkan buat JKE dan semua peserta-peserta nasyid yang bertanding di "Sound of ISLAM" , pihak penganjur JPP dan KDI yang menjayakan 100% aktiviti terbabit secara ad hoc pelajar.
Dan jutaan terima kasih buat pelajar SHK 4B yang bergotong royong membersihkan Pusat Islam pada hari Isnin yang lalu.
Saya juga ingin merakamkan terima kasih atas usaha tidak jemu-jemu rakan-rakan sekelian dalam mengajak ke arah amal maaruf nahi mungkar beberapa perkara yang berlaku. InsyaAllah usaha kalian akan dibalas ganjaran oleh Allah s.w.t..antaranya seperti menegur pelajar supaya berhenti bersukan 15 minit sebelum masuk waktu maghrib..yang kena dok peringat selalu..Serta kehadiran kuliah maghrib yang diingatkan lagi sekali oleh pihak Kamsis -Ust Yasir.
InsyaAllah pada hari Sabtu ini akan diadakan Program Qiam di Pusat Islam yang dipimpini oleh Al Fadhil Ustaz Sharihan (Penasihat Pusat Islam).
Sahabat-sahabat sekelian,
Saya menyedari pandangan-pandangan rakan-rakan saya berkenaan dengan "PROGRAM" yang dijalankan.
1. Ada yang memberi pandangan bahawa tanggungjawab JKuasa ialah memastikan dan mengadakan "PROGRAM" secara Istiqamah.
2. Ada yang memberi pandangan bahawa JKuasa tidak perlu masuk campur hal-hal berkaitan dengan penguatkuasan kehadiran pelajar dalam "Program" yang diadakan.
Sebenarnya bagi mereka-mereka yang bertanya di Shout box, ingin saya jelaskan bahawasanya "PROGRAM" bukan hanya bermaksud mengadakan Festival Nasyid, Tilawah Al-Quran, Pertandingan Azan/Berzanji, Sambutan Maulidur Rasul, Buka Puasa Isnin Khamis, Siri kuliah harian Isnin hingga Khamis
tetapi yang penting adalah Solat 5 waktu secara berjemaah juga merupakan suatu "PROGRAM". Tetapi mengapa dalam siri "Program" ini sambutan tidak begitu menggalakkan + kuliah maghrib? Orang ramai terpaksa dipaksa untuk hadir.
Malahan sewaktu berbuka puasa Isnin Khamis ramai pulak yang hadir..tapi tang ceramah selepas tu ramai pulak yang balik.Hmm..
Malahan sewaktu Program aktiviti "Rehlah" sebagai contohnya ramai yang terbabit (sat je muat sebijik bas) tapi tang solat jemaah 5 waktu ramai pulak "baik buat kat bilik. "
Malahan sewaktu majlis makan-makan..sat je licin
Bukan maksud saya untuk menghentikan program terbabit, tetapi cuma nak mengajak kita berfkir yang mana satu priority sebenarnya?
Nombor wahid sebenarnya dalam segala macam aktiviti / program adalah
"Solat Berjemaah"..tapi tang situ kita gagal. Tang lain..Rehlah, Gotong royong. Usrah, Puasa, Nasyid, Berniaga dsbnya saya puji usaha kalian sekelian. Jadi sama-sama kita semak yang nombor wahid tu..
Ingatlah untuk kita semua tahu meletakkan yang mana satu "Priority" keutamaan sebenarnya. Seharusnya kita jangan kirakan yang seronok je kita nak buat/sertai.
dan sewaktu Sound of Islam diadakan baru-baru lalu ada JKuasa menghubungi saya memberitahu kedukacitaan kehadiran pelajar yang sedikit pada peringkat awal aktiviti terbabit sedangkan Pengarah sudah nak sampai. Saya pun membalas dengan kata-kata sindiran berikut
"Kira ok lah ni, jemaah Maghrib sat tadi pun tak ramai ni"
Akhir kata saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekelian, dalam waktu yang singkat di dunia ini. dalam keadaaan kesenangan diri sebelum ditimpa kesusahan, dalam keadaan muda sebelum tua, sihat sebelum sakit..Marilah kita renung-renungkan InsyaAllah.
Wassalam....

1 comment:
ada sedikit bacaan yang saya nak kongsikan di ruang komen ini. harap dapat memberi sedikit input pada diri sendiri dan sahabat semua.
Dari Abdullah bin Mas'ud, mereka telah bertanya Nabi saw :-
. أي العمل أفضل ؟ قال : الصلاة على ميقاتها قلت : ثم أي ؟ قال : ثم بر الوالدين . قلت : ثم أي ؟ قال : الجهاد في سبيل الله
"Amalan manakah yang paling utama? Nabi saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : kemudian apa? Nabi bersabda : berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : kemudian apa lagi?. Nabi bersabda : berjihad dijalan Allah" [Riwayat Bukhari, al-Jaami al-Sahih #2782]
Hadith diatas ini menjelaskan bahawa solat fardu hendaklah dilakukan pada waktu-waktunya. Ia menjadi makruh (menurut setengah2 ulama') apabila seseorang yang melewatkan solat itu meninggalkan solat berjemaah, dan boleh menjadi haram jika dia bersolat pada waktu-waktu yang diharamkan bersolat
Meninggalkan solat dan melengahkan solat merupakan dua perkara yang sangat berbeza. Mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja terdapat dua padangan ulama' :
a. Ada ulama' yang mengatakan tidak menjadi kufur secara mutlak, akan tetapi telah melakukan dosa besar, selama-mana dia masih menganggap solat itu wajib.
b. Ada dikalangan ulama' yang berpendapat bahawa mereka yang meninggalkan solat telah dianggap sebagai terkeluar dari Islam. Sabda Nabi saw :-
العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر
"Batasan diantara kita dan mereka adalah SOLAT. Barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia telah kufur" [Hadith riwayat Imam Ahmad].
Didalam bab melengahkan solat, perkara utama yang dibincangkan ulama adalah mereka yang melakukan solat diluar waktu solat tersebut. Ulama sepakat bahawa adalah HARAM bagi seseorang yang melewatkan solat sehingga habis waktu solat tersebut, tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara' [al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah,10/8]. Setiap solat itu ditetapkan pada waktu-waktunya, firman Allah swt :-
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " [al-Nisa' : 103]
Sebab-sebab yang dibenarkan syara' termasuklah seseorang iru melakukan jama' takhir dengan kebenaran yang dibenarkan oleh syara' dan akibat tertidur atau terlupa. Melenggahkan solat sehingga habis waktu solat tersebut juga boleh dikategorikan sebagai sengaja meninggalkan solat sebagai hukum diatas tadi.
Solat diakhir waktu
Akan tetapi, jika solat tersebut masih dilakukan pada waktunya dan tidak termasuk didalam waktu-waktu yang diharamkan bersolat, maka perbuatan tersebut tidaklah termasuk didalam bab meninggalkan atau melewatkan solat sehingga habis waktunya. Solat tersebut dibenarkan sebagaimana hadith Abu Musa al-Asy'ari ra. meriwayatkan bahawa ada seseorang datang kepada Nabi saw dan bertanyakan baginda mengenai waktu solat, dan baginda menjelaskan waktu AWAL dan waktu AKHIR solat, dan baginda bersabda :- "Waktunya adalah antara dua ini" (الْوَقْتُ بَيْنَ هَذَيْنِ ) [Hadith Riwayat Muslim #614].
Seseorang itu hendaklah tidak berterusan melakukan solat dihujung-hujung waktu, ditakuti ia termasuk didalam waktu-waktu haram melakukan solat. Contohnya melakukan solat Asar sewaktu matahari sudah kuning-kuningan.
Melewatkan solat juga melibatkan seseorang itu melakukan perkara yang makruh atau sebahagian ulama' mengatakan perkara yang haram, iaitu meninggalkan solat berjemaah. Begitu juga dengan persoalan ajal atau maut, yang tidak mungkin MAUT menunggu seseorang itu dari melakukan solat jika dia tidak menunaikannya pada awal waktu tersebut.
Namun demikian, dibenarkan seseorang itu melewatkan solat dengan beberapa sebab-sebab yang dibenarkan syara', misalnya, seseorang yang bermusafir yang mengetahui solat tersebut masih boleh dilakukan apabila kapal terbang mendarat. Didalam permasalahan ini lebih baik seseorang itu melakukan solat pada waktunya (walaupun sedikit lewat) dari menjama'kannya. Begitu juga menjadi sunnah melewatkan solat Isya', termasuklah mengadakan majlis ilmu
semoga ada ruang keampunan untuk Allah berikan kepada kita semua.
Post a Comment