

Siapa sangka di kawasan tinggi pun ditakdirkan Banjir boleh melanda. Adakah kita pasti diri ini akan pasti selamat dari bala Allah? Adakah bala Allah ini diturunkan kepada mereka-mereka yang melawan arahan Allah sahaja? Pastinya tidak..
Cuba kita renung sejenak..mungkin dah jauh sangat hati-hati ini dari mengenal Robbil Jalil...Adakah mungkin masih ada suara-suara menyatakan.."Ini bencana Alam..bukannya Bala Allah..."....?????
++++++++++
Minggu yang lalu kebanyakkan JKuasa terlibat dengan Mesyuarat Pindaan Dokumen Kualiti di City Bayview Pualau Pinang.
Saya sempat "mewasiatkan" kepada Jkuasa yang tinggal agar memastikan pengimarahan masjid PTSS dipastikan. Sedikit maklumat dari Mesyuarat tersebut ..bilamana TPA menyatakan tentang perubahan "Attitude"/ "SIKAP" kepada yang positif kepada warga kerja kita dalam melaksanakan kerja perlu ada. Dan saya mengemukakan persoalan dari segi melahirkan perubahan sikap yang positif ini tidak akan berjaya tanpa melalui satu proses/program secara berterusan. Kita tak boleh nak biarkan sahaja samaada staf/pelajar "berubah" dengan sendirinya tanpa ada usaha dari pengurusan melalui satu proses/program. .dan juga kita tak semestinya berjaya merubah/berubah dengan melalui proses/program itu. Sepertimana yg saya pernah sebutkan sebelum ini.."Kerja dakwah kerja kita..kerja Hidayah kerja Allah s.w.t."Jadi, walaubagaimana sekalipun Dakwah mesti dibuat..jangan tak buat..
Saya rasa sesetengah JKuasa dah bebuih mulut, letih menasihat dan "mengejar/perambat" pelajar dalam menangani Isu pelajar " BerSukan" Betul tak? Namun seolah-olah nasihat/teguran ianya tak melekat kat hati pelajar-pelajar. Saya mintak..teruskan juga InsyaAllah..
Banyak lagi Isu sebenarnya..ambil satu dulu sebagai contoh.
Malam semalam sewaktu berdiskusi dengan En Radhi berkenaan Sahabat Pusat Islam, saya menyedari kehadiran Jemaah dalam Jawatankuasa KDI sendiri amat tidak memuaskan. Jika aktiviti-aktiviti ekonomi(business), riadah, usrah, puasa Isnin Khamis dan urusan dapur memang cemerlang bagi saya, namun yang lebih penting ialah sebenarnya Pengimarahan Masjid terutama melalui Solat 5 waktu..
Wassalam..