Saturday, December 5, 2009

Gambar Lain-lain




Aktiviti Rehlah dan Usrah KDI dan SPI di Bukit Air


Mesyuarat Agung KDI (Ucapan Aluan) dan Post Mortem Majlis Korban

Majlis Perpisahan Warga KDI yg akan ke Latihan Industri di rumah Ustaz Sharihan

Ceramah Ustaz Nabil
Alhamdulillah beberapa perkara yang dirancang dapat dilaksanakan diakhir-akhir semester ini. Saya berpeluang untuk menyampaikan amanat yang boleh saya simpulkan seperti disini:

Bismillah hirrohmanirrohim
Assalamualaikum warah matullahhi wa baro kaatuh

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada JKuasa yang bertungkus lumus bagi menjayakan mesyuarat agung KDI ini pada kali ini. Dan saya memberikan ruang yang luas (100%) bagi JKuasa sedia ada untuk bermusyawarah bagi memilih kepimpinan akan datang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Bagi SPI, seperti yg sedia maklum bahawasanya anda akan diserapkan ke KDI dan kita akan mengambil keahlian baru untuk SPI pada semester yang akan datang. Ini adalah struktur pengurusan yang saya rangka apabila saya dilantik memegang jawatan Pengerusi Pusat Islam.

Bagi mereka yang dipilih untuk memimpin KDI nanti, jalankanlah tanggungjawab dengan jujur,amanah,bersunguh-sungguh dan semestinya tugas dakwah ini memerlukan pengorbanan, penuh dengan ranjau dan duri dan bersabarlah.

Bagi aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, saya merakamkan jutaan terima kasih dan saya berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan selama ini dan sunggguhpun begitu, banyak lagi ruang dan peluang untuk kita berdakwah yang belum kita terokai. Sebagai contoh, kita masih lagi belum bergerak keluar dengan lebih kuat dan aggresif lagi. Jadi peningkatan tersebut harus difikirkan oleh saya, JK KDI yg baru dilantik dan kita semua nanti. Ini satu cabaran bagi kita semua.

Seperti dalam ucapan yang lalu, saya pernah menyentuh betapa aktiviti yang kita jalankan tidak pernah kita meletakkan label dihadiri oleh KDI atau SPI sahaja. Kita maklumkan,kita jemput, kita alu-alukan jemaah sekelian samaada pelajar mahupun staf untuk menghadirinya. Tapi bila yang hadir masih lagi muka-muka yang sama..mungkin ada yang beranggapan itu aktiviti KDI atau SPI...dan cakap-cakap belakang itu pun muncul.

Anda boleh lihat sendiri dan nilai sendiri aktiviti seperti buka puasa Ramadhan, Puasa Sunat, Majlis Korban, Bacaan Mathurat dan aktiviti SPI pagi sabtu. Tapi bagi saya apa-apa pun cakap-cakap tersebut, yang penting objektif kita ialah untuk mengerakkan dan memertabatkan Islam dan memohon kehadrat Allah semoga ianya diterima oleh Allah s.w.t

Dan menjadi prinsip dalam pengurusan saya agar JKuasa sendiri berinesiatif untuk beraktiviti dan bukan bergerak atas dasar arahan pengerusi, arahan Pensyarah,Arahan Warden yang mungkin memberikan impak besar ke atas kehadiran tetapi impak kosong ke atas manafaat dan keberkesanan. Sebab itulah saya ingin mengikat diri saya dikalangan pelajar-pelajar sekelian atas ikatan persaudaraan Islam dilakukan bersama-sama menuju matlamat yang satu dan bukan atas ikatan kuasa saya dalam organisasi. Kerana ikatan sedemikian tidak berpanjangan, akan menjadikan anda tidak selesa, tertekan dan mungkin setakat hangat-hangat taik ayam. Tiada kuasa maka berkuburlah ia.

Saya juga ingin meminta supaya kita memanafaatkan kemudahan yang diberi, menjaga aset-aset Pusat Islam dan pada semester akan datang merangka perkara-perkara yang ingin dijalankan seperti menjenama semula Pusat Islam ini dengan suatu nama lain.

Bagi muslimat semua, saya merancang untuk menyediakan pusat aktiviti muslimat di bilik berhadapan tasik dan menubuhkan biro khas muslimat yang dikenali sebagai HELWANI bagi mengiatkan aktiviti muslimat yang semester ini nampak tidak berapa aktif dan kurang penglibatan. namun begitu syarat-syarat dan peraturan mestilah dipatuhi seperti tidak berada melebihi jam 10.30mlm dan menjadi zon larangan lelaki. Saya juga ingin menasihat kita semua agar menjaga tatasusila sebagai seorang muslim dan muslimat dan tutup segala ruang dan peluang untuk manusia menabur fitnah kepada diri kita.

Bagi muslimin semua, bilik operasi yang disediakan harap dijaga kebersihannya dan saya memberi peluang untuk beriktikaf sehingga lewat malam dan sungguh-sungguh saya mengakui pentingnya juga anda antara anda yang bermalam di Pusat Islam bagi menggerakkan subuh (termasuk saya sendiri)..namun jagalah adab-adab di Masjid.

Saya juga ingin meminta ampun dan maaf jika terkasar bahasa, janji yang tidak saya penuhi, aktiviti yang tidak terlaksana, kekurangan dalam kepimpinan saya. Moga-moga apabila kita berhadapan dengan Allah s.w.t amalan kita diterima olehNya hendaknya.




Saturday, November 21, 2009

Aktiviti-Aktiviti


Gambar Forum Keamanan Sejagat
Ustaz Nabil bin Ahmad (Pengacara Astro Awani, penyayi Kumpulan nasyid FarEast) beri ceramah di Pusat Islam pada 29/11 selepas maghrib

Maaf sebab lambat mengemaskini blog ini. Saya ringkaskan laporan...

1. Aktiviti yang berjalan baru-baru ini ialah Forum Keamanan Sejagat anjuran bersama Jabatan Perdagangan (Gambar menyusul belum sempat transfer ke PC).


2. Aktiviti mendatang
Majlis Korban Idil Adha akan diadakan pada hari raya ke 3 (Ahad). AJK yang dilantik akan masak untuk 300 org dibawah kendalian Ust Zul.
Alhamdulillah telah berjaya dilaksanakan Terima Kasih semua

3. Ceramah Idil Adha akan diadakan pada hari Ahad (malam Isnin) yang akan diusahakan oleh Ust Hasminuddin. Penceramah diberitakan Ust Nabil pengacara di Astro Awani

4. Sementara itu, Pusat Islam akan menguruskan makanan tengahari dan malam kepada pelajar-pelajar yang tidak balik ke kampung pada Hari Raya ini dengan kutipan RM3 sekali makan. Jumlah RM12 untuk Jumaat dan Sabtu. Hari Ahad kita ramai-ramai makan daging korban. Kutipan akan dibuat pada hari Isnin 23/11 selepas solat Isyaq. Setakat hari ini statistik dalam 20 org je...
Alhamdulillah telah berjaya dilaksanakan Terima Kasih semua

5. Tabung Puasa sunat dah habis....so puasa Isnin Khamis kena kutip la duit pulak....

Monday, October 19, 2009

Laporan akaun aktiviti

link ke gambar Aset Pusat Islam

link ke gambar program Jamuan Hari Raya

baki Akaun ditangan saya pada 20/10


a. Baki Akaun Infaq Ramadhan RM1371.75 (RM1,000 utk Majlis Korban)
b. Baki A/k Jamuan Hari Raya RM163.60
c. Baki A/k Program Seminar Aqidah ABIM RM170 (boleh kira sebagai pendapatan sewa)
d. Baki A/k Program JHP RM78 (boleh kira sebagai pendapatan sewa)
e. Sponsor Seminar Keamanan Sedunia JPG RM500

Jamuan Hari Raya Pusat Islam





Lagi gambar akan menyusul...upload waktu kelas Syahid (tiada dalam gambar kecuali waktu makan..)tengah jawab Ujian Perbankan...


Tarikh:17 Oktober 2009 (SABTU)
Masa:7malam - 11 malam
Tempat: Perkarangan Pusat Islam
Menu masak sendiri
a. Kuah Kacang
b. Nasi Impit
c. Rendang Daging
d. Mee Kari
e. Satay
f. Ayam Panggang
g. Air bancuh sendiri maaa...
Menu Beli
Lemang 8 batang
Satay -tambahan tak cukup nak buat semua.
Ais Batu-ialah... kita ni bukannya kilang ais

++ dengan perkakasan keceriaan dan alatan dapur

Tahniah dan Terima kasih kepada semua yang terlibat. Tugasan yang diberi kepada SPI ini ternyata dapat dijalankan dengan baik. Ingatkan koorg nak order je...
Terima kasih tak terhingga buat geng-geng yang menyediakan makanan dan geng-geng kendara (bersih dan basuh).
Kos saya rasa dalam RM600-700 dengan mengambil kira beli perkakasan dapur. Laporan akaun akan dibentangkan nanti.

Wednesday, October 14, 2009

Aktiviti Kolibirasi

Agak lebih mudah jika sesuatu aktiviti itu boleh dikolibirasikan antara Jabatan-jabatan dan Unit-Unit.
Terima kasih kepada JTM yang mengadakan Aktiviti jabatannya di perkarangan Pusat Islam. Sayangnya, saya dan AJK Kerohanian ramainya terlibat dengan aktiviti di Wang Mu pada hari terbabit untuk turut serta memeriahkan aktiviti masak-memasak. Dengar kata rendangnya sedap....Mmmmm melepas la..

p/s Pusat Islam pernah membuat kolibirasi aktiviti dengan JHP, Kamsis, JTM.PRS-Rakan Sebaya...harap diteruskan lagi.

Note : Pinjam Dapur/tempat tu pun kira kolibirasi gak...

Monday, October 12, 2009

Aktiviti








(atas)
a.Kursus Kepimpinan SPI dan KDI di Wang Mu pada 10-11/10 2009 telah berjalan dengan jayanya. Budget Pusat Islam dalam RM300/=. Selainya budget JPA. Belum rekod dalam akaun


b. Jamuan Hari Raya - Budget dalam RM400/= Cadangan hujung minggu ni hari Sabtu malam Ahad. Belum Rekod dalam Akaun


c. Seminar Keamanan Sedunia akan diadakan pada 7/11/2009 dengan kerjasama JPG.Budget Pusat Islam dalam RM500/= Belum Rekod dalam Akaun

d. Bayaran Penceramah Harian di Pusat Islam utk semester ini RM150 x 3=450 Belum Rekod dalam Akaun

e. Majlis Qurban Aqiqah -dijangkakan pada hari Raya ke 3 (AHAD). Satu bahagian RM380/=. tarikh tutup 24 November. Setakat ini baru ada 3 bahagian yg setuju.
Kenduri masak saya allocatekan RM1,000 dari baki akaun Infaq Ramadhan hari itu.

f. Pembelian barangan-barangan dapur Pusat islam sedang dibuat dengan Koperasi seperti Pinggan, Sudu, Cawan. yang lain-lain mungkin beli kat kedai di Arau. Budget RM1,000 dari baki akaun Infaq Ramadhan hari itu.

g. Puasa Sunat Isnin, Khamis budget RM500 dari baki akaun Infaq Ramadhan hari itu. Dah nak habis dah duit sebab sambutan menggalakkan. Saya mintak tabung kamsis lagi RM500/=



Minta Komen AJK? Setelah melihat akaun terkini Pusat Islam.