6.30ptg -7.10 ptg Tadarus Al-Quran Gambar dipetik dari SPI
7.10 - Tahlil / Bayan / Tazkirah 7.30 +- Waktu berbuka -Makan kurma sahaja dulu.
Solat Maghrib
Tazkirah Berbuka sambil makan nasi
8.45 mlm +- Solat Isyaq dan Terawikh
Semua dijemput. +++++++++++ InsyaAllah pada 5 hb ini jam 2ptg akan diadakan Seminar Pembentukkan Aqidah Peringkat Negeri Perlis bersempena sambutan Ramadhan dibawah Jabatan Belia Negeri dan ABIM. Saya akan bermesyuarat dengan AJK KDI Dan SPI serta Biro Kerohanian Kamsis utk menjalankannya. Tak banyak perkara nak dibuat a. Sediakan tempat (DKU -ceramah dan Pusat Islam -forum) b. Jemputan utk PTSS c. Sediakan Peserta (500 org sem 5 dan 6)+ jemput kolej komuniti lain-lain Abim sediakan seperti penceramah, jemputan luar, makan berbuka
Pada 10 hb pula, JHP akan mengadakan Program berbuka puasa di Pusat Islam (bawah kursus MICE) utk warga JHP.
Alhamdulillah kita sudah memasukki hari ke-4 Ramadhan. Dari hari pertama lagi, bumi PTSS ini dihujani dengan hujan yang agak lebat lagi menyejukkan suasana sekitar PTSS. Bumi selepas hujan mengeluarkan peratusan oksigen yg tinggi sememangnya menyamankan suasana.
Sehari sebelum menyambut Ramadhan, KDI dan SPI dibawah BKPI telah mengadakan majlis makan-makan dan perbincangan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti di Bulan Ramadhan. Ini kesinambungan dari perjumpaan yg saya aturkan dengan BKPI dan wakil2 dibawahnya beberapa hari sebelum itu.
Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian yg saya ingin laksanakan dibincangkan dalam perjumpaan tersebut seperti:
Majlis Buka Puasa
Tadarus Al-Quran
Qiam
Sahur
Dan Persediaan Solat Terawikh
Telah diambil tindakan dan perhatian BKPI
Puasa yang jatuh pada hari Sabtu (cuti umum) dan BKPI,KDI serta SPI seperti minggu-minggu yang lalu telah mengadakan aktiviti Qiam pada pagi itu, diikuti bersahur dan tazkirah subuh.Jemputan kepada yang berminat dan buat kali ke 2 Isteri saya terlibat sama bagi mengenali pelajar Muslimat sekelian.+ anak2 saya
Gambar hiasan je atas ni
Majlis berbuka puasa sungguh mendapat sambutan. Terima kasih kepada AJK/Ad Hoc yg bertungkus lumus menjalankan tugas.
Dari hari pertama seramai 65 org telah meningkat sehingga seramai 130 org. Tahu saja lah sibuknya menyediakan juadah “Makan Talam” ini. Juadah ini bersumberkan Infaq utk berbuka dari orang ramai yang dapat dikumpul.Jemputan kepada yang berminat
Bagi solat terawikh, sekalipun khemah tambahan disediakan, nampaknya kehadiran tidak begitu memberangsangkan. Namun, khemah itu berguna jugak utk berbuka puasa dengan lebih selesa dalam keadaan hujan mencurah-curah. Sesuatu harus dilakukan..bukan difikirkan lagi bagi menggalakkan warga PTSS mengimarahkan masjid
Tadarus Al-Quran baru bermula semalam. Lebih kurang 7 kumpulan Muslimin dan 4 Muslimat dibentuk.Alhamdulillah..dan pada tahun ini Tadarus dilaksanakan bergantung pada kelapangan khalifah masing-masing..dan waktu 6.30-7.15ptg ialah waktu biasanya. Ini diikuti dengan Majlis Tahlil dan Tazkirah sewaktu berbuka puasa.
++++++++++++++++++++
Tambahan:
Saya ingin menjelaskan sekali lagi akan bagaimana BKPI ini bergerak. BKPI ini diwakili oleh wakil-wakil AJK Kerohanian aras setiap blok (dianggarkan 50 org) + KDI (keahlian pelajar sem 2 ke atas anggaran 25 org) + SPI (Pelajar Semester 1 anggaran keahlian 150 org).
Kenapa perlu ada KDI dan SPI?
Ini pernah saya tulis sebelum ini. Fikirkan begini? Cuba fikir kalau si A BUKAN merupakan wakil AJK Kerohanian aras setiap blok. Adakah si A perlu menunggu pengumuman KEHADIRAN SEMUA DIWAJIBKAN barulah beliau boleh menyertai aktiviti kerohanian?Dan senangkah BKPI nak menguruskan aktiviti jika melibatkan semua (kena fikir kos,ruang,masa dsbnya). Takut2 nanti ianya menjadi “season event” buat sekali je, habis beribu .. lepas tu tak payah
Buktinya percaya atau tidak, banyak dan peringkat awal dah BKPI menjalankan aktiviti melalui KDI dan SPI dari mana2 JK Kamsis yg dilantik sekarang. Bukan nak bangga diri tapi nak menceritakan bahawa dengan penubuhan melalui pengambilan keahlian (KDI/SPI) ini adalah lebih effisyen. Cubalah Biro-biro yang lain membuat pengambilan ahli kelab dalam biro terbabit dan menjalankan aktiviti.Tentunya lebih mudah dan sebenarnya ada dah iaitu AJK biro setiap aras. Cuma yang itu jawatan bukannya minat.Menjadi ahli itu sebab MINAT.(itu pun ada yg terkubur) dan JAWATAN belum tentu minat. Dan BKPI memberikan nama kepada keahlian terbabit sebagai KDI dan SPI sebagai identity /marketing nich itu sahaja,
Tawaran?
Kita tawarkan aktiviti utk semua sebenarnya..Qiamullail, Bacaan Al Mathurat, Tadarus tetapi pelik..?kenapa ada pihak memandang ianya aktiviti utk KDI/SPI SAHAJA?Buktinya..bukankah saya umumkan di masjid secara terbuka.?
Bukan mudah sebenarnya nak menggerakkan sesuatu aktiviti . Saya yg pernah mengerakkan Penasihat JPP Jabatan, Konvokesyen PTSS dengan pelajar amat maklum akan perkara ini. Jadi inilah strategi saya sebagai org yang bertanggungjawab atas amanah yang diberikan. dan bukannya mudah nak menggerakkan semua penghuni kamsis ke aktiviti-aktiviti wajib PTSS walaupun solat jumaat. kalau tak leh semua sikit pun tak pa janji ada Usaha Dakwah. Cuma usaha itu Allah akan semak samaada dah cukup baik ka atau tak.
Akhir kalam ..cuba..cuba..
Hampirkan diri kita dengan pelajar melalui usrah,rehlah,riadah dsbnya InsyaAllah ianya banyak memberikan kesan positif pada diri kita dan buang kan jauh-jauh rasa ego diri..AKU Pensyarah maka mesti ada gap antara kami.
Di Pejabat oklah..tapi dirumah Allah..kita sama sahaja..yg membezakan ialah keimanan kita. Itupun kita tak tahu pun siapa yg lebih beriman antara kita. BAGI YG TAK BIASA TU..BIASA-BIASAKAN BERSAMA RAKAN PELAJAR PUSAT ISLAM, BERSAMA BKPI,SPI,KDI DAN..BERSAMA RAKAN SEKERJA.
Berikut adalah laporan akhbar UM yg dipetik. Sungguhpun kuarantin di PTSS telah ditamatkan, harus diingat bahawasanya wabak ni makin serius. Dengan menjelangnya Ramadhan ni..kita berdoa sebagaimana diceritakan bahawa Ramadhan diawalnya Rahmah,pertengahanhya keampunan dan diakhirnya dijauhi kita dari api neraka agar wabak ini diangkat dari muka bumi ini. Nak perbetulkan kefahaman bahawa bukan Pusat Islam maksudkan dengan datangnya wabak ni semua keje tak leh buat, nak kena berkurung di rumah...tetapi nak mengajak kita semua berfikir sejenak akan dosa-dosa kita dan meminta keampunan kehadrat Allah s.w.t. Seronok sebab bebas dari kuarantin hendaklah diselangi dengan rasa syukur dan keinsafan serta menjauhi diri dari terjebak dengan kerja-kerja maksiat. Wallahualam.. ++++++++++++++++++ Jadual Tazkirah Ramadhan dan keluar:
Program Pusat Islam Sembahyang Sunat Terawikh- Imam Hafiz dari Maahad Hafiz Kangar Bilal Pelajar PTSS
Berbuka Puasa- Ala kadar sahaja. Tengok budget dan collection
Tadarus Al Quran- 6.45 petang / mengikut kelapangan Naqib masing-masing
Qiamullail Pagi Sabtu. Sahur disediakan. Program biasa KDI dan SPI
Dengar cerita semalam ada pengumuman kuarantin di PTSS ditamatkan. Alhamdulillah..tapi jangahlah kita lupa bahawasanya kes H1 N1 di Malaysia ni dah kategori Serius? So walaupun kuarantin di tamatkan tapi eloklah kita ambil langkah2 macam biasa seperti yang disyorkan doktor perubatan.
p/s Solat hajat tetap berjalan.Doa tetap dipanjatkan dan maksiat tetap dibentras
Alhamdulillah saya berpeluang lagi untuk mencoretkan sesuatu di sini dalam kesibukkan membuat persiapan kuliah untuk semester baru ini. Baru-baru ini sebagaimana sedia maklum telah diadakan Sambutan Israk Mikraj. Alhamdulillah telah diadakan melalui pengerak-pengerak secara Ad Hoc sahaja, tapi aktiviti terlaksana dan berjaya. Terima kasih Kepada Ustaz Irwan,En Zubair,Haji Zamri,Ustaz Yasir dan Ustaz Hasminuddin serta pelajar BKPI,KDI dan SPI ++++++++++++++++++ Saya memikirkan cadangan bagi menambahkan pendapatan tabung Pusat Islam. Jika dahulu melalui Money Transfer di Internet dan Perniagaan Burger (la ni belum berjalan). Sekarang ini ada ura-ura bekas pelajar PTSS hendak berniagaan Kebab dan Sewa Basikal. Jadi saya juga sebagai Penyelaras Keusahawanan Unit Inovasi dan Keusahawanan, saya cuba menawarkan kawasan operasinya di Pusat Islam.
Begitu juga dgn cadangan saya untuk menjalankan CC di Pusat Islam.Disebabkan saya memegang folio Lembaga Pengarah Koperasi yg menguruskan CC Koperasi dan Pengerusi PI, lebih mudah jika lokasinya dekat dgn saya. Susah nak bahagikan badan ke CC (jika ada masalah) dgn ke Pusat Islam. sepertimana saya pernah menulis 9/10 rezeki dgn berniaga..(ramai tahukan?) TETAPI ramai dak tahau "Jangan 9/10 hidup habis dengan berniaga"
+++++++++++++++++++++++++ Beberapa hari lalu telah di adakan perbincangan/musyawarah berkenaan organisasi BKPI. Beberapa ketetapan telah diambil melaluinya. ++++++++++++++++++++++
H1N1 walaupun belum ada kes di PTSS (setakat waktu menulis ini) tetapi hujan lebat yang turun dapat membersihkan dan menyegarkan PTSS.
+++++++++++++ Draf Akuan Berkanun Pemegang Amanah Tabung Pusat Islam
UPAH HAJI 1440H/2019M.
-
Berbakti kpd arwah ibubapa@ pesakit yang tiada harapan sembuh melalui upah
Haji.
UPAH HAJI 1440h/2019m: Hadiah untuk arwah ibubapa, suami@isteri tersayang ...
Kampung Melayu Kuala Kangsar
-
Terletaknya bersebelahan Taman Jasa dan dibelakang Taman Damai Kuala Kangsar
Tanah ini diberi nama Kampung Melayu pada 2014
Suatu Peringatan Buat Lelaki-Lelaki
-
*Suatu peringatan buat lelaki-lelaki. *
Seseorang perempuan pada hari kiamat nanti akan menarik empat golongan
lelaki bersama-samanya ke dalam neraka. Keny...