Sunday, May 17, 2009

Dari Pena Pengerusi Pusat Islam

Bismillahhirrohmanir rohim

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t yang telah memberikan kekuatan kepada hambanya bagi melaksanakan amanah yang diberikan.

Terlebih dahulu agak lama saya tidak menulis di sini diatas kesibukkan memeriksa dan memasukkan markah PB pelajar-pelajar PTSS bagi kursus yg diajar. Alhamdulillah semua kerja dapat diselesaikan.

Atas nasihat beberapa org JKuasa..post diruangan komen Tazkirah..Tazkirah ditutup. Ini berikutan penulisan diruangan terbabit yang tidak terkawal.

Saya belum lagi berkesempatan memberikan komen terhadap penulisan terbabit namun dalam mencarikan kebenaran tentang apa yang ditulis, agar tidak disalah anggap dsbnya.., saya perlu menyiasat,bertanya, melihat, berdoa agar penulisan/gambar yg saya upload atau tulis tidak menjadi satu fitnah/kesilapan yg terpaksa ditanggung dihadapan Allah s.w.t nanti...

Pertanggunjawaban dalam penulisan juga perlu diambil kira disebabkan ada yang "Baling batu sembunyi tangan" menggunakan title anymonus..Disebabkan perkara terbabit, penerangan tidak dapat dijelaskan Khusus kepada yg menulis tetapi penerangan dibuat/disebarkan melalui siri-siri ceramah selepas maghrib. Ini penting disebabkan penulisan terbabit ia ada berkaitan dengan soal Akhidah.

Kita sekarang sedang memasukki musim peperiksaan. Pusat Islam mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Solat hajat dan Tazkirah disepanjang minggu peperiksaan ini. Semoga pelajar semua diberikan ketenangan dalam belajar dan menduduki peperiksaan InsyaAllah..

Kita juga telah membuka Tabung Infaq..khusus utk membantu penduduk setempat yg berada dalam aras kemiskinan. Selain dari menderma ditabung..sedekah boleh dibuat secara bank in atau money transfer.

Alhamdulillah..siri kuliah Maghrib telah berjalan dengan istiqomahnya..Semoga semester depan ianya dapat diteruskan dan saya bercadang pada bulan puasa..Tazkirah pendek juga dapat dijalankan setiap malam..(Tak de cuti dalam berdakwah....)

Namun program yang kurang berjaya dan seharusnya menjadi azam pada saya di semester hadapan
a. Program untuk Muslimat
b. Usrah Pelajar
c. Usrah Staf
d. Solat berjemaah

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Induk Pusat Islam, KDI yg membantu saya khususnya Ust Sharihan yg akan berpindah ke Kolej Komuniti Tabung Tulang

InsyaAllah hari
Jumaat
22 Mei 2009 akan diadakan Mesyuarat JK Pusat Islam bil 2/2009
di Bilik Mesyuarat JPG.
Masa:3.30 ptg
Agenda:
a. Pengesahan Minit Mesyuarat lalu
b. Perkara Berbangkit
Agenda;
a. Bulan Ramadhan - Perancangan Buka Puasa/Infaq/Tadarus
b. Siri Kuliah harian - postmortem
c. Penyata Kewangan - Bendahari sila bentangkan
d. KDI & Biro Kerohanian Kamsis/Sahabat Pusat Islam
e. Undang-undang Tubuh / Kontrak Pemegang Amanah

Hal-hal lain..

Harap freekan diri...

p/s: note saya: Anas,Dapur,yg x jalan,had pengeluaran 500/<1000,>1000 Ketetapan dari perbincangan tgga

No comments: