Tuesday, May 26, 2009

Keputusan dalam Mesyuarat Pusat Islam Bil 2/2009

Mesyuarat Bilangan 2 / 2009 telah diadakan pada;
Hari : Jumaat 22/5/2009
Masa: 3.45 petang
di Bilik Mesyuarat JPG

Beberapa ketetapan telah diputuskan untuk semester hadapan. Minit akan menyusul kemudian.

a. Aktiviti Ramadhan

i) Majlis Berbuka Puasa -
Paper work - En Jailani,
Penyelaras - Ustaz Safuan,Us Irwan,JKUASA KDI>KAMSIS

ii) Tadarus Al-Quran -
Penyelaras - Ustaz Hasminuddin,
JKUASA KDI>KAMSIS


iii) Tazkirah Ramadhan - Antara solat Terawikh - Imam
Penyelaras - Ustaz Yasir

iv) Nuzul Al-Quran -
Penyelaras - Haji Zamri ,
JKUASA KDI>KAMSIS

v) Infaq -
Penyelaras -En Taher

b. Sekretariat Muslimat - Pertemuan dengan KJJPA Ustazah Jamilah telah diadakan bersama dengan En Jailani. Kami bersetuju untuk melantik Ustazah Suhaila sebagai Ketua.

c. Usrah - bagi usrah pelajar, ketetapan yg diambil hasil pertemuan itu ialah JPA mewajibkan Usrah pelajar semester 1 (diberi markah dan kad kehadiran). Saya mencadangkan En Radzi dan En Anas membantu.(Sahabat Pusat Islam)

d. Kontrak Pemegang Amanah
Akan diwujudkan dengan bantuan Peguam. Ini bagi akaun Pusat Islam di Bank Islam - En Rashdan

e. Kuliah Mingguan semester hadapan
Harap berjalan seperti biasa.Istiqamah seperti semester ini -Ustaz Hanafi

f. KDI DAN BIRO KEROHANIAN KAMSIS
Pelarasan Jkuasa dan aktiviti akan dibuat - En Rashdan,Us Irwan dan Us Yasir

g. Usrah Staf
Ustaz Razak bersetuju untuk berusaha menjayakannya

Ini adalah beberapa perkara yang penting untuk makluman tuan-puan yang tidak dapat hadir.
Yang lain tunggu minit siap.




Perkara yang tidak sempat dibincangkan
tetapi memerlukan komen JKuasa ialah;


a.Laporan Kewangan

b. Pembelian Aset, Dapur Baru yg dah 90% siap
1. Tikar Getah
2. Peti Sejuk
3. Dapur 2 tungku
4. Rak dapur
5. Rak Pinggan
6. Rak kabinet (STOR)

Mohon kelulusan untuk pembelian menggunakan Wang Tabung Pusat Islam, jika sekiranya peruntukkan Pembelian Aset di bawah ABM tiada.

c.Jom pi Solat Jom Tutup Aurat
Banner cadang dipasang dilaluan berbumbung di hadapan Pusat Islam



d. Had Pengeluaran wang Tabung Pusat Islam
Mintak kelulusan dari 3 org (Pengerusi, Naib Pengerusi dan Bendahari) bagi pengeluaran wang terbabit dibawah RM1000. Jika lebih Rm1,000 kelulusan dari 5 org (
Pengerusi, Naib Pengerusi dan Bendahari dan mana-mana 2 AJK)

Dibuka untuk di komen:

Sunday, May 17, 2009

Dari Pena Pengerusi Pusat Islam

Bismillahhirrohmanir rohim

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t yang telah memberikan kekuatan kepada hambanya bagi melaksanakan amanah yang diberikan.

Terlebih dahulu agak lama saya tidak menulis di sini diatas kesibukkan memeriksa dan memasukkan markah PB pelajar-pelajar PTSS bagi kursus yg diajar. Alhamdulillah semua kerja dapat diselesaikan.

Atas nasihat beberapa org JKuasa..post diruangan komen Tazkirah..Tazkirah ditutup. Ini berikutan penulisan diruangan terbabit yang tidak terkawal.

Saya belum lagi berkesempatan memberikan komen terhadap penulisan terbabit namun dalam mencarikan kebenaran tentang apa yang ditulis, agar tidak disalah anggap dsbnya.., saya perlu menyiasat,bertanya, melihat, berdoa agar penulisan/gambar yg saya upload atau tulis tidak menjadi satu fitnah/kesilapan yg terpaksa ditanggung dihadapan Allah s.w.t nanti...

Pertanggunjawaban dalam penulisan juga perlu diambil kira disebabkan ada yang "Baling batu sembunyi tangan" menggunakan title anymonus..Disebabkan perkara terbabit, penerangan tidak dapat dijelaskan Khusus kepada yg menulis tetapi penerangan dibuat/disebarkan melalui siri-siri ceramah selepas maghrib. Ini penting disebabkan penulisan terbabit ia ada berkaitan dengan soal Akhidah.

Kita sekarang sedang memasukki musim peperiksaan. Pusat Islam mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Solat hajat dan Tazkirah disepanjang minggu peperiksaan ini. Semoga pelajar semua diberikan ketenangan dalam belajar dan menduduki peperiksaan InsyaAllah..

Kita juga telah membuka Tabung Infaq..khusus utk membantu penduduk setempat yg berada dalam aras kemiskinan. Selain dari menderma ditabung..sedekah boleh dibuat secara bank in atau money transfer.

Alhamdulillah..siri kuliah Maghrib telah berjalan dengan istiqomahnya..Semoga semester depan ianya dapat diteruskan dan saya bercadang pada bulan puasa..Tazkirah pendek juga dapat dijalankan setiap malam..(Tak de cuti dalam berdakwah....)

Namun program yang kurang berjaya dan seharusnya menjadi azam pada saya di semester hadapan
a. Program untuk Muslimat
b. Usrah Pelajar
c. Usrah Staf
d. Solat berjemaah

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Induk Pusat Islam, KDI yg membantu saya khususnya Ust Sharihan yg akan berpindah ke Kolej Komuniti Tabung Tulang

InsyaAllah hari
Jumaat
22 Mei 2009 akan diadakan Mesyuarat JK Pusat Islam bil 2/2009
di Bilik Mesyuarat JPG.
Masa:3.30 ptg
Agenda:
a. Pengesahan Minit Mesyuarat lalu
b. Perkara Berbangkit
Agenda;
a. Bulan Ramadhan - Perancangan Buka Puasa/Infaq/Tadarus
b. Siri Kuliah harian - postmortem
c. Penyata Kewangan - Bendahari sila bentangkan
d. KDI & Biro Kerohanian Kamsis/Sahabat Pusat Islam
e. Undang-undang Tubuh / Kontrak Pemegang Amanah

Hal-hal lain..

Harap freekan diri...

p/s: note saya: Anas,Dapur,yg x jalan,had pengeluaran 500/<1000,>1000 Ketetapan dari perbincangan tgga

Friday, May 8, 2009

Laporan dari Bendahari

1 30-Jan-09 KUTIPAN TABUNG JUMAAT 76.00
2 6-Feb-09 KUTIPAN TABUNG JUMAAT 87.00
3 13-Feb-09 KUTIPAN TABUNG JUMAAT 77.00
4 20-Feb-09 KUTIPAN TABUNG JUMAAT 83.00
5 27-Feb-09 KUTIPAN TABUNG JUMAAT 103.00
6 6-Mar-09 KUTIPAN TABUNG JUMAAT 84.00
7 13-Mar-09 KUTIPAN TABUNG JUMAAT 75.00
8 27-Mar-09 KUTIPAN TABUNG JUMAAT 85.00
9 3-Apr-09 KUTIPAN TABUNG JUMAAT 111.00
10 10-Apr-09 KUTIPAN TABUNG JUMAAT 118.00
11 17-Apr-09 KUTIPAN TABUNG JUMAAT 100.00
12 24-Apr-09 KUTIPAN TABUNG JUMAAT 102.00
13 1-May-09 KUTIPAN TABUNG JUMAAT 41.00
14 8-May-09 KUTIPAN TABUNG JUMAAT 189.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1331.00