Wednesday, April 2, 2008

SALAM RABIUL AWAL 24

kepada semua warga PTSS salam 24 rabiul Awal.

Yang berminat untuk vote sila vote

Tuesday, April 1, 2008

SALAM 24 RABIUL AWAL

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

SALAM PERSAUDARAAN DAN PERJUANGAN KEPADA PENGUNGJUNG BLOG PUSAT ISLAM.

Seruan kepada seluruh umat Islam di mana sahaja berada. Bangunlah dari tidurmu. Golongan musyrikin alaf baru sedang berusaha memadam api kecemerlangan Islam. Nabi Muhammad dihina.

Wahai saudaraku, boikot sahaja tidak cukup. Tetapi kesedaran untuk mempertahankan Islam amat perlu.

Lihat umat Islam zaman Rasulullah, zaman sahabat, zaman khalifah Umar Abd Aziz, mereka digeruni kerana kecemerlangan mempertahankan Islam.

Bagaimana Salehuddin Al Ayubi merampas kembali Baitul Maqdis dengan penuh kemegahan Islam, lihat bagaimana Sultan Al Muhammad Fateh membuka Sepanyol, lihat Usamah Bin zaid yang menjadi Jeneral Perang ketika berumur 18 tahun.

Bangkitlah wahai pemuda-pemuda Islam. Tenaga keringatmu amat diperlukan. Ayuh pertahankan Islam.

JOM BOIKOT BARANG-RANG KELUARAN BELANDA

Assalamualaikum warahmatullah

Kepada semua warga Politeknik diharap dapat memboikot barang-barang Belanda ( Shell, Duch Lady DLL sebagai menyahut seruan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Boikot barang Belanda kerana mereka menghina Islam melalui Filem Fitna

BUDAYA COUPLE

Monday, March 31, 2008

Cerita sedih di sebalik April Fool's Day ..

Oleh Xmeng,2003-08-26 11:47:25

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.Petikan ini dari Risalah Fikrah

Sunday, March 30, 2008

SENARAI JAWATANKUASA PUSAT ISLAM 2008

PENAUNG
PENGARAH POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
(TUAN HJ MD NOR BIN YUSOF)

PENASIHAT
TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK
(ENCIK JINAL BIN JASMAN)

SENARAI JAWATANKUASA PUSAT ISLAM 2008

PEGAWAI PUSAT ISLAM
USTAZ SHARIHAN BIN SHAHIDAN (MTKJPA)

IMAM/BILAL
USTAZ SHARIHAN BIN SHAHIDAN
USTAZ YASIR BIN OTHMAN
ENCIK RASHDAN BIN RASHID

PENGERUSI
USTAZ HASMINUDDIN BIN HASHIM (JPA)

TIMBALAN PENGERUSI
ENCIK JAILANI BIN ABD KADIR (JTM)

SETIAUSAHA
USTAZ MOHD HANAFI BIN JUSOH (JPA)

BENDAHARI
ENCIK NADZRI BIN CHE KAMIS (UNIT PEPERIKSAAN)

DAKWAH DAN TARBIYAH
ENCIK MOHD RADHI BIN MUSA : K (JKE)
HAJI ZAMRI BIN MOHD YUSOF (JHEP)
USTAZ SAFUAN BIN MOHD YUSOF (JPA)

PEROLEHAN
ENCIK ZUBIR BIN YAHAYA : K (JKM)
ENCIK TARMIZI BIN ABD RAHMAN (JRV)

RIADAH
ENCIK AHMAD SHOKRI BIN AHMAD : K (JKM)
ENCIK MOHD WANRIZAIRIE WAN MOHD NOR (JKE)
USTAZ RAZAK BIN NORDIN (JPA)

SIARAYA DAN ICT
ENCIK RASHDAN BIN RASHID : K (JPG)
USTAZ HUSBA KHAIRI BIN HUSSIN (JPA)

KEBAJIKAN
USTAZ BORHANUDDIN BIN YA : K (JPA)
ENCIK MOHD.ANUAR BIN MOHD.BUNYAMI (JKE)
USTAZ IRUWAN BIN IDRIS (JPA)
USTAZ YASIR BIN OTHMAN (JPA)

WAKIL MUSLIMAH
USTAZAH NORHAFIZAH BINTI MOHD GHAZALI (JPA)
CIK AMALINA BINTI BAKHTIAR (JPA)

SALAM RABIUL AWAL 23

ASSALAMAUALAIKUM WARAHMATULLAH

Selamat datang ke blog Pusat islam PTSS.

Hari ini kita sudah sampai ke hari yang ke 23 bulan kelahiran Rasulullah. Mungkin kita hanya ingat tarikh 12 Rabiul Awal. Namun sepatutnya semua bulan Islam itu perlu kita ingat.

Rasulullah lahir ketika umat memerlukannya. Ketika insan mencari agama yang terbaik sebagai pedoman hidup. Insan diberi Allah akal fikiran sebagai bekalan untuk mengaharungi hidup yang penuh onak dan duri. Akal memandu manusia untuk membezakan baik dan buruk.

Walaupun manusia dianugerahkan akal fikiran. Namun ianya memerlukan seorang Rasul bagi mengajar kepadanya apa yang Allah inginkan. Rasulullah membawa apa yang Allah inginkan kerana Baginda pernah bersabda : Aku tinggalkan pada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selamanya iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah.

Justeru marilah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan kita yang boleh menyelamatkan diri kita dari neraka Allah.

By : ibnuhashim 23 Rabiul Awal 1429H