Sunday, September 27, 2009

lapuran Akaun Infaq Ramadhan 1430H

klik pada image utk boleh nampak:

Pada hari Khamis 17 Sept 2009 yang lalu saya dah bentangkan Laporan Akaun Infaq Ramadhan selepas solat Terawikh di Bilik Seminar Pusat Islam. Ketua Warden, Naib Pengerusi Pusat Islam, Penasihat KDI antara staf yang hadir.
Saya menjemput semua AJK Induk Pusat Islam dan AJK Kerohanian Kamsis pada waktu terbabit.(ramai dah balik rasanya) dan jemaah yang hadir pada malam terbabit.

Bulan Rahmad bulan Ramadhan, Alhamdulillah ada lagi berbaki sumbangan Infaq Ramadhan. Untuk makluman baki sumbangan telah sebahagiannya Pusat Islam sumbangkan kembali RM2000 kepada pihak Kamsis (Ustaz Yasir) bagi menjalankan aktiviti kamsis.
dan kutipan Tabung Pusat Islam bagi bulan Ramadhan sahaja mencecah RM1140/= Selalunya buka tabung dalam 3 bulan baru dapat dalam RM700++
Itulah besarnya Ramadhan.

Apa nak buat dgn baki RM2581.30?

a. RM500/= utk Program puasa sunat-Puasa enam, Isnin Khamis
b. RM1000/= untuk pembelian alatan dapur(Pinggan,Mangkuk,Talam,cawan.periuk)
c. RM1000/= utk aktiviti Hari Raya Haji..memasak daging qurban.

Jadi sesiapa yang berminat untuk Aqiqah dan Korban boleh mendaftar sekarang. Bayaran..belum ditentukan setakat ini.

Wednesday, September 16, 2009

Program Infaq Ramadhan

Org kuat program


Sekampit beras , sekilo gula...
Alhamdulillah dari hasil kutipan orang ramai maka ianya dapat dijalankan. Sumbangan telah disampaikan sebahagiannya di Pusat Islam dan Sebahagian lagi diberikan terus di rumah-rumah yang berkaitan disekitar Ulu Pauh. Terima kasih kepada yang terbabit.

Program Tadarus Perdana juga telah dijalankan dari 12.30 sehingga solat zohor. Tadarus je Perdana..bilangan org yg hadir tak perdana pun..

++++++++++++++++++++++++++
Saya dan En Nadzri (Bendahari Pusat Islam) sedang dalam proses menutup akaun Ihya Ramadhan pada tahun ini. Dijangka ada berbaki duit yang InsyaAllah akan digunakan untuk mebeli alatan dapur seperti pinggan,mangkuk,cawan,talam,jak air yang banyak antaranya sudah hilang?

Saturday, September 12, 2009

Majlis berbuka Puasa JHP telah berlangsung di Pusat Islam (selaku persediaaan Tempat)






saya memasukkan acara Khatam Al-Quran

+++++++++++++++++++++++++++

Saturday, September 5, 2009

Seminar Pemantapan Aqidah

Pembentang Kertas Kerja 2

Forum: Ustaz Razak begitu berkarisma- harus diketengahkan..

Yang hadir...

Pembentang Kertas Kerja 1

Semalam telah diadakan Seminar Pemantapan Aqidah Peirngkat Negeri Perlis didakan di Pusat Islam PTSS. Kehadiran wajib semester 5 dan 6 yg mengikut kehadiran 366 org yg hadir. Mmmm..jauh berbanding sasaran.