Sunday, September 27, 2009

lapuran Akaun Infaq Ramadhan 1430H

klik pada image utk boleh nampak:

Pada hari Khamis 17 Sept 2009 yang lalu saya dah bentangkan Laporan Akaun Infaq Ramadhan selepas solat Terawikh di Bilik Seminar Pusat Islam. Ketua Warden, Naib Pengerusi Pusat Islam, Penasihat KDI antara staf yang hadir.
Saya menjemput semua AJK Induk Pusat Islam dan AJK Kerohanian Kamsis pada waktu terbabit.(ramai dah balik rasanya) dan jemaah yang hadir pada malam terbabit.

Bulan Rahmad bulan Ramadhan, Alhamdulillah ada lagi berbaki sumbangan Infaq Ramadhan. Untuk makluman baki sumbangan telah sebahagiannya Pusat Islam sumbangkan kembali RM2000 kepada pihak Kamsis (Ustaz Yasir) bagi menjalankan aktiviti kamsis.
dan kutipan Tabung Pusat Islam bagi bulan Ramadhan sahaja mencecah RM1140/= Selalunya buka tabung dalam 3 bulan baru dapat dalam RM700++
Itulah besarnya Ramadhan.

Apa nak buat dgn baki RM2581.30?

a. RM500/= utk Program puasa sunat-Puasa enam, Isnin Khamis
b. RM1000/= untuk pembelian alatan dapur(Pinggan,Mangkuk,Talam,cawan.periuk)
c. RM1000/= utk aktiviti Hari Raya Haji..memasak daging qurban.

Jadi sesiapa yang berminat untuk Aqiqah dan Korban boleh mendaftar sekarang. Bayaran..belum ditentukan setakat ini.

No comments: