Monday, March 31, 2008

Cerita sedih di sebalik April Fool's Day ..

Oleh Xmeng,2003-08-26 11:47:25

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.Petikan ini dari Risalah Fikrah

Sunday, March 30, 2008

SENARAI JAWATANKUASA PUSAT ISLAM 2008

PENAUNG
PENGARAH POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
(TUAN HJ MD NOR BIN YUSOF)

PENASIHAT
TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK
(ENCIK JINAL BIN JASMAN)

SENARAI JAWATANKUASA PUSAT ISLAM 2008

PEGAWAI PUSAT ISLAM
USTAZ SHARIHAN BIN SHAHIDAN (MTKJPA)

IMAM/BILAL
USTAZ SHARIHAN BIN SHAHIDAN
USTAZ YASIR BIN OTHMAN
ENCIK RASHDAN BIN RASHID

PENGERUSI
USTAZ HASMINUDDIN BIN HASHIM (JPA)

TIMBALAN PENGERUSI
ENCIK JAILANI BIN ABD KADIR (JTM)

SETIAUSAHA
USTAZ MOHD HANAFI BIN JUSOH (JPA)

BENDAHARI
ENCIK NADZRI BIN CHE KAMIS (UNIT PEPERIKSAAN)

DAKWAH DAN TARBIYAH
ENCIK MOHD RADHI BIN MUSA : K (JKE)
HAJI ZAMRI BIN MOHD YUSOF (JHEP)
USTAZ SAFUAN BIN MOHD YUSOF (JPA)

PEROLEHAN
ENCIK ZUBIR BIN YAHAYA : K (JKM)
ENCIK TARMIZI BIN ABD RAHMAN (JRV)

RIADAH
ENCIK AHMAD SHOKRI BIN AHMAD : K (JKM)
ENCIK MOHD WANRIZAIRIE WAN MOHD NOR (JKE)
USTAZ RAZAK BIN NORDIN (JPA)

SIARAYA DAN ICT
ENCIK RASHDAN BIN RASHID : K (JPG)
USTAZ HUSBA KHAIRI BIN HUSSIN (JPA)

KEBAJIKAN
USTAZ BORHANUDDIN BIN YA : K (JPA)
ENCIK MOHD.ANUAR BIN MOHD.BUNYAMI (JKE)
USTAZ IRUWAN BIN IDRIS (JPA)
USTAZ YASIR BIN OTHMAN (JPA)

WAKIL MUSLIMAH
USTAZAH NORHAFIZAH BINTI MOHD GHAZALI (JPA)
CIK AMALINA BINTI BAKHTIAR (JPA)

SALAM RABIUL AWAL 23

ASSALAMAUALAIKUM WARAHMATULLAH

Selamat datang ke blog Pusat islam PTSS.

Hari ini kita sudah sampai ke hari yang ke 23 bulan kelahiran Rasulullah. Mungkin kita hanya ingat tarikh 12 Rabiul Awal. Namun sepatutnya semua bulan Islam itu perlu kita ingat.

Rasulullah lahir ketika umat memerlukannya. Ketika insan mencari agama yang terbaik sebagai pedoman hidup. Insan diberi Allah akal fikiran sebagai bekalan untuk mengaharungi hidup yang penuh onak dan duri. Akal memandu manusia untuk membezakan baik dan buruk.

Walaupun manusia dianugerahkan akal fikiran. Namun ianya memerlukan seorang Rasul bagi mengajar kepadanya apa yang Allah inginkan. Rasulullah membawa apa yang Allah inginkan kerana Baginda pernah bersabda : Aku tinggalkan pada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selamanya iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah.

Justeru marilah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan kita yang boleh menyelamatkan diri kita dari neraka Allah.

By : ibnuhashim 23 Rabiul Awal 1429H

Monday, March 24, 2008

Kisah Orang Yang Meninggalkan Solat

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis ?". Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah s.a.w, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w, "Ya Rasulullah s.a.w, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah s.a.w dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah s.w.t, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

a. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

b. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

c. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.
Imej Islam terletak pada ajaran dan penganutnya

Oleh DR. SIDEK BABA

SUATU ketika dulu imej Islam dipandang hebat oleh dunia Barat dan Timur. Rasulullah s.a.w. membina asas tamadun dengan menjadikan Madinah sebagai model asas dan dikembangkan oleh para sahabatnya, tabie tabien, para ulama dan ilmuan yang terbilang sehingga menjadikannya tamadun yang bertahan hampir 700 tahun.

Baitulhikmah dibangunkan dengan tradisi perpustakaan dan ilmu yang amat menakjubkan. Zaman Abbasiyyah adalah zaman yang menampilkan keunggulan tradisi sains dan matematik yang amat mengkagumkan. Andalusia menjadi tempat rujukan ilmu dan Barat terhutang ilmu kepada tamadun Islam.

Orang-orang Barat melihat Islam di Andalusia sebagai agama tamadun. Darinya lahir ilmuan terbilang dalam berbagai bidang. Karya-karya mereka diterjemahkan ke bahasa orang-orang Barat iaitu bahasa Latin dan Ibrani dan ilmunya diambil untuk dijadikan sandaran dalam membangun ilmu-ilmu falsafah, astronomi, sains, perubatan, geografi, matematik, muzik dan sebagainya.

Darinya Barat membangun kekuatan sebagai bangsa maju dan akhirnya menjadi penakluk dengan mengembangkan ilmu dan tamadun dalam orientasi baru kepada umat manusia terutamanya orang-orang Islam.
Ratusan tahun umat Islam dijajah sudah tentu meninggalkan kesan yang amat besar terhadap tradisi ilmu, kehidupan dan juga sistem. Faham sekular berkembang dalam masyarakat Islam. Akhirnya sebahagian umat Islam mengagumi kekuatan Barat dalam melakukan pemodenan dan perubahan dalam acuan Barat.

Pada hari ini umat Islam terpalit dengan imej buruk sehingga menimbulkan fobia atau ketakutan bagi sesetengah orang di Barat hingga timbul kebencian mereka terhadap kebangkitan Islam itu sendiri. Islam dianggap agama yang membimbing manusia ke arah kepengganasan, pelampau dan menyuburkan faham fundamentalis. Sistem pondok, pesantren, madrasah dan seumpamanya menghasilkan taliban-taliban yang bakal menghancurkan seluruh kepentingan Barat. Apakah itu benar?
Samuel Hutington dalam analisis politiknya mengenai ‘Pertembungan Tamadun’ (Clash of Civilization) merupakan suatu kesengajaan lanjutan daripada teori konflik Barat yang sifatnya sentiasa mempertembungkan.

Memang niat kuasa-kuasa Barat untuk menjadi kuasa penakluk dalam bentuk baru ternyata berkesan. Hanya bangsa kulit putih dianggap mampu melakukan pencerahan budaya dan tamadun terhadap orang lain. Sebab itulah globalisasi berlaku dengan maksud tersirat untuk melakukan hegemoni atau penguasaan politik, ketenteraan, teknologi, budaya, sistem komunikasi dan telekomunikasi terhadap umat Islam dan juga umat manusia.
Bush menyerang Iraq menggunakan alasan Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah dan membantu perjuangan Osama bin Laden. Ternyata selepas Iraq dihancurkan tiada pula senjata pemusnah itu ditemui. Yang nyata Iraq menjadi huru-hara. Perang saudara sedang berlaku. Dasar pecah-belah dan perintah ini adalah bayangan teori konflik yang telah berjalan sejak lama.
Tetapi mengapa pertembungan tamadun tidak dihalakan kepada agama Kristian atau orang-orang Yahudi dan Zionis yang banyak mempengaruhi dasar-dasar utama kuasa-kuasa besar atau kepada agama Buddha dan Hindu. Tentu ada sebab yang tersirat mengapa imej agama Islam dirosakkan semahu-mahunya dan umat Islam ditekan dan dihimpit sesuka hati mereka.
Meneliti ajaran Islam itu sendiri, ia mengajak manusia kepada nilai-nilai baik seperti adil, amanah, kemanusiaan tinggi, adab dan santun. Mengapa nilai-nilai ini dibenci dan dihina.
Dalam masa yang sama media Barat berhempas pulas menyemaikan budaya popular yang meruntuhkan nilai-nilai murni dan tata kemanusiaan seolah-olah itulah makna kemajuan dan tamadun baru yang hendak disuburkan. Imej Islam dirosakkan tanpa batasan. Imej orang-orang menutupi aurat dan berjubah atau berketayap di Barat menjadi objek sendaan dan kehidupan umat Islam semakin disukarkan.

Oleh itu, amat penting umat Islam terutama di kalangan para remajanya melihat kembali hal-hal yang berbangkit supaya mereka tidak terjebak dalam perangkap pemikiran dan nilai, ilmu dan maklumat atas nama teknologi canggih sehingga akhirnya menjadikan remaja Islam sebagai penciplak unggul terhadap tamadun Barat tanpa usul periksa.
Lebih strategik
Dalam masa yang sama umat Islam harus lebih strategik dalam menampilkan imej Islam supaya wujud titik keseimbangan yang tinggi antara cita-cita untuk merubah dengan kemampuan ilmu untuk merubah.
Pokoknya, bila kita menyebut Islam terdapat dua perkara yang dijadikan fokus. Pertama ajarannya dan kedua ialah pemeluknya. Allah memberi jaminan bahawa al-Quran akan tetap terpelihara sehingga hari kiamat.
Al-Quran sebagai sumber ajaran tetap tidak berubah. Prinsip hukumnya tetap sama sampai bila-bila. Pedoman saintifiknya tetap utuh sampai bila-bila. Peraturan sosialnya tetap tidak berubah walaupun gaya hidup manusia berubah.
Sebagai agama yang menganjurkan ajaran dan pendidikan sudah tentu Islam mempunyai dinamika untuk menghadapi faktor zaman yang berubah. Soal utamanya ialah apakah yang berubah?
Faktor asasi manusia tidak berubah. Yang berubah ialah cara manusia hidup dan mencapai sesuatu dalam kehidupan. Ada manusia membangunkan hidup hanya dengan berpandukan logik akal dan nafsu semata-mata. Tetapi Islam menganjurkan kehidupan manusia di pedoman dengan ajaran yang benar dan dengan nilai-nilai yang benar. Ajaran dan nilai yang benar datangnya dari Allah.
Mengenal kebenaran dan nilai adalah tanggungjawab manusia dalam proses pengilmuan dan pendidikannya. Tanpa pedoman kebenaran manusia akan hilang pedoman dan arah dalam hidup. Al-Quran, kalam Allah memberikan manusia pedoman tentang hal-hal yang mereka tidak tahu supaya pengetahuan manusia tentang pencipta, alam, ilmu, insan dan persekitarannya berada dalam landasan yang benar.
Para remaja harus dapat membezakan asas-asas dari Barat dan Timur yang sifatnya universal atau sejagat dan terkandung faedah berbanding yang bermanfaat. Dalam masa yang sama ajaran dan prinsip Islam yang terdapat memerlukan olahan bijaksana bagi menangani faktor cabaran zaman yang sifatnya dinamik berubah.
Remaja Islam dituntut untuk menekuni ilmu-ilmu mengurus diri seperti akidah, ibadah, syariah dan akhlak. Dalam masa yang sama para remaja harus mempunyai tekad untuk mempunyai keahlian dan kepakaran dalam ilmu-ilmu mengurus sistem seperti sains dan teknologi.
Kekuatan ilmu-ilmu mengenai nilai dan kemahiran, nilai dan sains sekiranya dapat diadun dengan kreatif dan inovatif, ia bakal melahirkan suatu tradisi keilmuan yang berada dalam acuan sendiri.
Asas ini penting menjadi fokus remaja supaya umat Islam akhirnya mampu menguasai bidang ilmu mengurus diri dengan baik supaya jati diri Islamnya tinggi dan imej umat Islam menjadi terserlah.
Dalam masa yang sama pembangunan modal insan berkualiti akan terjadi kerana umat Islam tidak membelakangkan kepentingan ilmu mengurus sistem. Jika ajaran Islam diolah secara lebih strategik dan futuristik imej Islam akan menjadi lebih teguh dan utuh.
* PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur

PROGRAM MODAL INSAN


PROGRAM MODAL INSAN
PUSAT ISLAM POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN ANJURAN
BERSAMA PUSAT ISLAM DAN B.KEROHANIAN KAMSIS PTSS
HARI AHAD
BLOK (UMUM)
BIDANG PENGAJIAN (SIRAH NABAWIYAH)
TENAGA PENGAJAR :
USTAZ HUSBA KHAIRI BIN HUSSIN / USTAZ BORHANUDDIN BIN YA

HARI ISNIN
BLOK (A2 &B1 &B2)
BIDANG PENGAJIAN (HADIS)
TENAGA PENGAJAR :
USTAZ SHARIHAN BI SHAHIDAN / MOHD HANAFI BIN JUSOH

HARI SELASA
BLOK (A3 &B3)
BIDANG PENGAJIAN (FEQH/AKHLAK)
TENAGA PENGAJAR : USTAZ HASMINUDDIN BIN HASHIM

HARI RABU
BLOK
(A5 &B4)
BIDANG PENGAJIAN (TAFSIR)
TENAGA PENGAJAR : USTAZ SAFUAN BIN MOHD YUSOF

HARI KHAMIS
BLOK (A4 &B5)
BIDANG PENGAJIAN (BACAAN YASIN BERAMAI-RAMAI)
PENYAMPAI TAZKIRAH :USTAZ IRUWAN BIN IDRIS

Program ini adalah diwajibkan kepada semua pelajar agar mereka dibekalkan dengan ilmu akhirat untuk mendapat kecemerlangan dunia dan akhirat.
Felo kamsis setiap blok hendaklah memantau program modal insan ini agar ianya berjalan dengan lancar

AHLAN WASAHLAN WABARHABAN BIKUM

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Kaifa Ha lukum.

Apa khabar.

Selamat Datang ke Laman Blog Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Semoga laman blog ini memberikan suatu yang istimewa buat anda